Monday, June 29, 2009

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar

Perlawanan persahabatan Bola Tampar Pasukan KSS MPOB Kluang dengan Pasukan Bola Tampar MPOB HQ telah diadakan pada Sabtu 27 jun 2009 kira -kira jam 5.30 petang di Gelanggang Bola Tampar MPOB HQ.

Seramai 8 pemain KSSMPOB Kluang terlibat dalam program ini iaitu En Razak Esa, En Mohd Suhaimi Ali,En Che Khairulnizam Che Suhaimi, En Muhd Safiullah Muha Jamal, En Shahrizal Abd Shukor, En Nor Affendi Sahak dan En Bakri Pileh.

Walaupun gelanggang basah,kerana telah dibasahi hujan beberapa jam yang lalu. Ini tidak mematahkan semangat perlawanan persahabatan ini.

Keputusan akhir perlawanan persahabatan ini telah dimenangi oleh KSS MPOB HQ. Pasukan KSS MPOB kecundang tipis dengan mata 2-3.

Set 1 : KSS HQ menang
Set 2 : KSS Kluang menang
Set 3 : KSS HQ menang
Set 4 : KSS Kluang menang
Set 5 : KSS HQ menang

Semuga dengan adanya perlawanan persahabatan ini dapat lagi mengeratkan tali silaturrahim diantara pemain dan meningkatkan mutu permainan.

Tahniah MPOB HQ dan syabas KSS MPOB Kluang.

3 comments:

xali alonso said...

hrp2, acara seperti ini, dpt diadakan dgn kerap. kami akan cuba mengatur n membuat persiapan utk ke sana pula utk membalas kunjungan pasukan kssm kluang ke hq. insyaAllah.

Administrator said...

Mudah-mudahan ...InsyaAllah akan kami alu-alukan ketibaan HQ ke Kluang

lembaga84 said...

waH. bersemangat.. Ckup ilmu bleh la.. heheh