Wednesday, January 27, 2010

LIGA PERDANA ENGLAND

Arsenal dan Chelsea hadapi pertarungan genting

LONDON: Pertarungan merebut kejuaraan Liga Perdana England memasuki tahap penentuan hari ini dengan Arsenal dan Chelsea turun ke padang dengan harapan menumbangkan Manchester United daripada tangga atas.

United merampas persada liga pada hujung minggu lalu dengan ketajaman Wayne Rooney yang membantunya menumpaskan Hull City 4-0.

Bagaimanapun, Arsenal akan menduduki semula puncak liga ini jika ia memungut tiga mata daripada kunjungannya ke Aston Villa - pasukan yang turut memburu kedudukan empat tangga teratas liga.

Chelsea, yang jumlah matanya sama dengan Arsenal tetapi mempunyai satu perlawanan dalam tangan, menyambut kunjungan Birmingham City, yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan rekod 15 perlawanan tanpa kalah dalam pelbagai pertandingan.

Jadual hari ini turut menyaksikan Blackburn Rovers menjadi tuan rumah kepada jirannya, Wigan Athletic, di mana kedua-duanya sedang berjuang mengelakkan diri daripada diturunkan.

Everton pula berharap dapat bangkit selepas tersingkir daripada Piala FA di tangan Birmingham apabila menentang pasukan pimpinan Steve Bruce, Sunderland.

Dengan Manchester United bertandang ke Stadium Emirates Ahad ini, Arsenal perlu bangkit di Villa Park. Selepas melayani kunjungan United, anak didik Arsene Wenger akan berdepan pula dengan dua lagi perlawanan sukar menentang Chelsea dan Liverpool.

Menyedari jadual perlawanan mendatang yang sukar ini, Wenger telah membuat sembilan pertukaran daripada pasukan yang menewaskan Bolton minggu lalu tetapi keputusan itu membawa padah apabila mereka kecundang 1-3 di Stoke City dalam perlawanan Piala FA hujung minggu lalu.

Ketiadaan pemain seperti William Gallas amat dirasakan dan menjejas kemantapan bentengnya meskipun dengan penampilan semula bekas pemain pertahanan England, Sol Campbell, yang prestasinya jauh daripada yang diharapkan.

Wenger percaya kekalahan tersebut akan menguatkan lagi semangat anak buahnya untuk kembali bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana yang kali terakhir dimenanginya pada 2004.

'Saya tidak kesal dengan pemilihan pasukan kerana saya tidak mempunyai banyak pilihan,' jelas jurulatih asal Perancis itu.

'Bacary Sagna, Thomas Vermaelen dan Gael Clichy tidak dapat bermain dan saya fikir keseluruhan permainan Sol Campbell adalah baik.'

Gallas dijangka kembali mengukuhkan benteng Arsenal dan begitu juga dengan beberapa tunggak yang lain.

Pemain pertahanan Birmingham, Roger Johnson, akan memenuhi impian hidupnya apabila bermain buat pertama kalinya menentang Chelsea.

Bekas pemain Cardiff ini dibesarkan sebagai penyokong Chelsea dan sedang beliau berusaha menjejas kempen mereka, beliau tetap menjangka pasukan pimpinan Carlo Ancelotti akan menjulang kejuaraan.

'Saya fikir mereka akan memenangi kejuaraan liga ini. Mereka lebih baik berbanding pasukan-pasukan lain musim ini. Manchester United tidak segagah musim-musim sebelumnya dan Arsenal baru mula menunjukkan kegagahannya.'

Sumber dari : Berita Harian

Friday, January 8, 2010

Futsal 4 Penjuru


Syabas dan tahniah kepada En. Thany selaku pengurus Bola Sepak KSSMPOB Kluang kerana berjaya memimpin pasukan Futsal MPOB menjadi JOHAN pada perlawanan persahabatan 4 Penjuru yang telah diadakan pada 30 Disember 2009 di Stadium Kluang bermula jam 8.15 malam.
Perlawanan ini disertai oleh Team Majlis Perbandaran Kluang A, Team Majlis Perbandaran Kluang B, Team MBSB+Public Bank dan MPOB.Nak kata terror tak la sangat tapi bayangkan baru je sepak mula tak tak sempat nak kelip mata, si Azraf dah jaringkan gol hasil hantaran cantik salah seorang pemain kita...tu kira terror ke???? Tapi Keeper MPOB si Zizie pun boleh tahan gak menjaga gawang dari dibolosi pihak lawan. Caralah.......

Kepada papa Adhi kita, cayalah....anda masih mampu memberi yang terbaik untuk pasukan MPOB. Ternyata usia bukan penghalang menabur bakti dalam arena sukan.
Tak lupa juga sekalung penghargaan kepada barisan penyokong kuat MPOB terdiri daripada Mrs Thany ( Siti Zuridah ), Abas & Mrs Abas, Lady D, Sharipah, Mrs Jamaludin ( Aspalela ), Kak Manah dan Salitah. Nampaknya kehadiran penyokong juga menguatkan lagi semangat para pemain. Mana taknya....kita bukan setakat menang bermain tetapi menang sorak sampaikan pihak lawan jadi gerun. Kalau tak menjadi johan pun kita tetap menang sorak. Tak percaya??? Tengok gambar. Walaupun dibarisi srikandi namun kehadiran kami mampu memberi impak yang besar terhadap pasukan. Lain kali kena bawa mereka semua ni kalau nak menang. Nampaknya NYDP kenalah wujudkan pasukan ‘ CheerLady ‘ khusus untuk menyokong dan menaikkan semangat para pemain.

Berikut adalah keputusan perlawanan persahabatan tersebut :-
JOHAN : MPOB
N. JOHAN : MBSB + PUBLIC BANK
KE – 3 : MPK A
KE – 4 : MPK B



Coretan Dari : Lady D

Monday, January 4, 2010

Coretan Gunung Nuang dari Diari Lady D


Alhamdulillah, setelah melalui onak dan ranjau berduri, berjaya juga kami laksanakan XPDC Gunung Nuang...bak kata AF...”Menuju Puncak”..... Tahniah kepada Koordinator XPDC kita iaitu Abg Yop....Ketua Biro Rekreasi & Pelancongan Cik Siti ....( leh la join lagi next trip.. )Abg Thany, Safi, Ipin, Kak Jijah, Lady D, Cik Sheila, Wak Zai, Kak Ita, Cik Anilah, Fadzli, Fais, Bai... Tin Tin Pon Pon, Abg Khairi dan Hafizan. Tak lupa juga kepada NYDP kita yang telah meluluskan peruntukan bagi menjayakan misi ini. Ada can pegi lain gunung pula lepas ni.

18.12.2009 ( Jumaat )
Seawal jam 6.45 pg kami sudah terpacak di depan Bangunan Gen-Bank sambil menantikan kedatangan yang lain- lain. Keadaan cuaca yang muram mendebarkan hati kami semua. Jam 8.30 pg kami mendengar taklimat dan aluan kata- kata perangsang dari NYDP dan ucapan terima kasih kepada beliau kerana memberi ‘semangat dan perangsang dari awal hingga akhir ‘.
Pukul 8.45 pg kami bergerak menuju ke destinasi yang dituju. Perut dah mula berkeroncong, kami singgah di R&R Ayer Keroh untuk makan 2 in 1 ( sarapan + makan tengahari ). Oleh kerana hari ni Jumaat, kami berhenti untuk menunaikan Solat Sunat Jumaat di Masjid Bt 11, Hulu Langat. Ye kot?

Kami tiba sekitar jam 2.30 ptg . Gunung Nuang.......here we come!!!!

Selesai urusan pendaftaran, kami bersiap- siap. Ada yang menukar baju, kemas- kemas beg dan ade plak yang nak bawa buah tembikai naik ke atas....biar betul??????hehehe
Kami memulakan langkah pertama dengan Takbir “ Allahuakbar...Allahuakbar...” ( ayat Bai ) Menyusuri jalan balak lama dan jalan tanah merah sepanjang beberapa kilometer...sesekali menempuh laluan mencanak dan sesekali menuruni bukit....boleh tahan juga trek ni tapi masih belum ade yang mintak nyawa lagik!! Ade juga kami selisih dengan pendaki- pendaki lain. Hampir sejam berjalan kaki, kami berhenti rehat di tengah jalan. La......ada yang dah kena sedut dengan si ‘pacat’ ni pa citer???

Sesampai saje di penghujung jalan tar, hujan turun dengan lebatnya. Kami menyusuri laluan palong air hingga ke rumah Empangan Loloh dan terus mendaki hingga ke ‘campsite’. Terjumpa plak dengan geng XPDC Yong Belar, borak sakan la. Terkejut bila melihat jam...ha?!!!! Dah pukul 7.30 mlm....Apa lagi...terus pacak khemah, masak dan ada plak yang terus mandi sebab tapak khemah ni berdekatan dengan Sg Loloh. Air yang mengalir jernih tak tahan bebbbbbb!!!! Sejuk....Hujan pulak tu....Selesai solat dan makan malam.....kami terus membuta sambil memikirkan trek- trek yang bakal kami redah esok..........Licin????sudah tentu.....

19.12.2009 ( Sabtu )
Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka tak mandi.........hahahah sejuk tu!!! Selesai sarapan kami mulakan pendakian ke puncak. Dari kem Loloh hingga ke Kem Pacat laluannye.... mencanak dan lebar memandangkan laluan adalah bekas laluan balak lama. Laluan bertambah licin sebab hujan malam tadi. Fuh.... pukul 12.30 tgh baru sampai kem Pacat....nama je pacat tapi sekor pacat pun tak jumpe. Kami berehat sebentar, bergambar dan yang buang hajat pun ader...

Dari kem Pacat kami teruskan ke Puncak Pengasih dan seterusnya Puncak Nuang kami tawan pada pukul 3.45 ptg dalam keadaan hujan lebat.... Dalam gembira, kepala otak mula memikirkan....laluan turun nanti, tak hujan dah licin apa lagi dah ditimpa hujan lebat ni.....habisla........Oleh kerana tak mahu lewat tiba di kem Loloh, kami tak lama di puncak. Kalau boleh sebelum gelap kami kena melepasi laluan licin yang mencanak tadi. Hasilnya....yang berseluar hitam jadi warna coklat.....habis disaluti lumpur dan selut. Tapi kami puas......penat lelah kami terbalas.........

Alhamdulillah.......pukul 10.30 mlm kami tiba di kem Loloh. Tak kira sejuknya air, burrrrrr..........kami ceburkan badan masing- masing dalam erti kata lain....mandi la......syok tu.....!!!! Lepas mandi makan ala kadar dan tidur......zzzzzzzzzzzzzz lepak habis..... Sedang lena diulit mimpi, terdengar suara aneh memecah sunyi......... “ Ala........khemah bocor...masuk air la......” Saya terus tersenyum kerana sebelum tidur tadi saya dah letak selapis plastik hitam di bumbung khemah agar tidak dimasuki air......( hasil pengalaman lalu.... )

20.12.2009 ( Ahad )

Pukul 8.00 pg kami bergerak beramai- ramai turun ke kaki Gunung Nuang. Tapi sebelum itu, kami melakukan aktiviti santai......apalagi membersih sampah sarap la! Pukul 12.00 tgh kami sampai di tempat pendaftaran. Nape turun macam sekejap ek????? Sepanjang perjalanan menuju puncak, apa yang pasti, hutan lipur ini rata- rata dilitupi oleh rumpun- rumpun buluh. Maka kesimpulannya....lain hutan lain muka buminya.... jauh perjalanan luas pemandangan.
Brother Mazlan dah siap menanti dan kami semua diundang ke rumahnya untuk minum petang.......Thanks Bro....budi dan jasamu kekal dalam ingatan.


Sumber dari Lady D

Selamat Tahun Baru 2010

Masih tidak terlambat untuk Keluarga KSS MPOB Kluang mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 semuga tahun ini akan lebih baik dari tahun lepas.

Semuga dengan tahun baru lebih banyak azam baik yang baru maupun yang lama dapat di laksanakan.....

Untuk pengetahuan semua NYDP telah pun keluar dari rumah sakit dan buat masa kini masih lagi cuti sakit.. Semuga NYDP semakin sembuh ... almaklumlah dengar-dengar khabar NYDP akan mengakhiri zaman "bujang" nya tak lama lagi...