Showing posts with label XPDC Mendaki Gunung Di Malaysia. Show all posts
Showing posts with label XPDC Mendaki Gunung Di Malaysia. Show all posts

Monday, January 4, 2010

Coretan Gunung Nuang dari Diari Lady D


Alhamdulillah, setelah melalui onak dan ranjau berduri, berjaya juga kami laksanakan XPDC Gunung Nuang...bak kata AF...”Menuju Puncak”..... Tahniah kepada Koordinator XPDC kita iaitu Abg Yop....Ketua Biro Rekreasi & Pelancongan Cik Siti ....( leh la join lagi next trip.. )Abg Thany, Safi, Ipin, Kak Jijah, Lady D, Cik Sheila, Wak Zai, Kak Ita, Cik Anilah, Fadzli, Fais, Bai... Tin Tin Pon Pon, Abg Khairi dan Hafizan. Tak lupa juga kepada NYDP kita yang telah meluluskan peruntukan bagi menjayakan misi ini. Ada can pegi lain gunung pula lepas ni.

18.12.2009 ( Jumaat )
Seawal jam 6.45 pg kami sudah terpacak di depan Bangunan Gen-Bank sambil menantikan kedatangan yang lain- lain. Keadaan cuaca yang muram mendebarkan hati kami semua. Jam 8.30 pg kami mendengar taklimat dan aluan kata- kata perangsang dari NYDP dan ucapan terima kasih kepada beliau kerana memberi ‘semangat dan perangsang dari awal hingga akhir ‘.
Pukul 8.45 pg kami bergerak menuju ke destinasi yang dituju. Perut dah mula berkeroncong, kami singgah di R&R Ayer Keroh untuk makan 2 in 1 ( sarapan + makan tengahari ). Oleh kerana hari ni Jumaat, kami berhenti untuk menunaikan Solat Sunat Jumaat di Masjid Bt 11, Hulu Langat. Ye kot?

Kami tiba sekitar jam 2.30 ptg . Gunung Nuang.......here we come!!!!

Selesai urusan pendaftaran, kami bersiap- siap. Ada yang menukar baju, kemas- kemas beg dan ade plak yang nak bawa buah tembikai naik ke atas....biar betul??????hehehe
Kami memulakan langkah pertama dengan Takbir “ Allahuakbar...Allahuakbar...” ( ayat Bai ) Menyusuri jalan balak lama dan jalan tanah merah sepanjang beberapa kilometer...sesekali menempuh laluan mencanak dan sesekali menuruni bukit....boleh tahan juga trek ni tapi masih belum ade yang mintak nyawa lagik!! Ade juga kami selisih dengan pendaki- pendaki lain. Hampir sejam berjalan kaki, kami berhenti rehat di tengah jalan. La......ada yang dah kena sedut dengan si ‘pacat’ ni pa citer???

Sesampai saje di penghujung jalan tar, hujan turun dengan lebatnya. Kami menyusuri laluan palong air hingga ke rumah Empangan Loloh dan terus mendaki hingga ke ‘campsite’. Terjumpa plak dengan geng XPDC Yong Belar, borak sakan la. Terkejut bila melihat jam...ha?!!!! Dah pukul 7.30 mlm....Apa lagi...terus pacak khemah, masak dan ada plak yang terus mandi sebab tapak khemah ni berdekatan dengan Sg Loloh. Air yang mengalir jernih tak tahan bebbbbbb!!!! Sejuk....Hujan pulak tu....Selesai solat dan makan malam.....kami terus membuta sambil memikirkan trek- trek yang bakal kami redah esok..........Licin????sudah tentu.....

19.12.2009 ( Sabtu )
Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka tak mandi.........hahahah sejuk tu!!! Selesai sarapan kami mulakan pendakian ke puncak. Dari kem Loloh hingga ke Kem Pacat laluannye.... mencanak dan lebar memandangkan laluan adalah bekas laluan balak lama. Laluan bertambah licin sebab hujan malam tadi. Fuh.... pukul 12.30 tgh baru sampai kem Pacat....nama je pacat tapi sekor pacat pun tak jumpe. Kami berehat sebentar, bergambar dan yang buang hajat pun ader...

Dari kem Pacat kami teruskan ke Puncak Pengasih dan seterusnya Puncak Nuang kami tawan pada pukul 3.45 ptg dalam keadaan hujan lebat.... Dalam gembira, kepala otak mula memikirkan....laluan turun nanti, tak hujan dah licin apa lagi dah ditimpa hujan lebat ni.....habisla........Oleh kerana tak mahu lewat tiba di kem Loloh, kami tak lama di puncak. Kalau boleh sebelum gelap kami kena melepasi laluan licin yang mencanak tadi. Hasilnya....yang berseluar hitam jadi warna coklat.....habis disaluti lumpur dan selut. Tapi kami puas......penat lelah kami terbalas.........

Alhamdulillah.......pukul 10.30 mlm kami tiba di kem Loloh. Tak kira sejuknya air, burrrrrr..........kami ceburkan badan masing- masing dalam erti kata lain....mandi la......syok tu.....!!!! Lepas mandi makan ala kadar dan tidur......zzzzzzzzzzzzzz lepak habis..... Sedang lena diulit mimpi, terdengar suara aneh memecah sunyi......... “ Ala........khemah bocor...masuk air la......” Saya terus tersenyum kerana sebelum tidur tadi saya dah letak selapis plastik hitam di bumbung khemah agar tidak dimasuki air......( hasil pengalaman lalu.... )

20.12.2009 ( Ahad )

Pukul 8.00 pg kami bergerak beramai- ramai turun ke kaki Gunung Nuang. Tapi sebelum itu, kami melakukan aktiviti santai......apalagi membersih sampah sarap la! Pukul 12.00 tgh kami sampai di tempat pendaftaran. Nape turun macam sekejap ek????? Sepanjang perjalanan menuju puncak, apa yang pasti, hutan lipur ini rata- rata dilitupi oleh rumpun- rumpun buluh. Maka kesimpulannya....lain hutan lain muka buminya.... jauh perjalanan luas pemandangan.
Brother Mazlan dah siap menanti dan kami semua diundang ke rumahnya untuk minum petang.......Thanks Bro....budi dan jasamu kekal dalam ingatan.


Sumber dari Lady D

Thursday, December 10, 2009

Persediaan Menakluki Gunung Nuang



Gunung Nuang berada di Malaysia dengan ketinggian 1,493m (4898 ft). Tanda puncak Gunung Nuang ini berada diantara tiga bahagian Negeri Malaysia; Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor. Gunung Nuang ini adalah yang tertinggi di Selangor dan sebahagian lagi dari Gunung Titiwangsa.

Laluan ke puncak melalui Negeri Selangor;satu di Kuala Pangsoon di Hulu Langat dan satu lagi di Kampong Kemensah di Gombak. Satu lagi laluan adalah di Bukit Tinggi di Bentong,Pahang. Ketika berada di Puncak kita dapat melihat Genting Highlands akan dapat di lihat jika cuaca mengizinkan.

KSS MPOB Kluang akan mengadakan satu lagi expedisi ke Gunung Nuang, bagaimana pun sebelum mereka menakluki Gunung Nuang, KSS MPOB Kluang akan mengadakan latihan lasak di Gunung Lambak pada hari Sabtu 12 Disember 2009 jam 7.00 pagi.

Disenaraikan nama para Pendekar dan Srikandi KSS MPOB Kluang yang tidak gentar menyahut cabaran dan tahniah diucapkan:

Yusree Mohamed (Ketua), Mohd. Thany Abd. Samad, Muhammad Saifullah Mohd. Jamal, Faiz Buang, Azizah Harun, Nordiyana Ishak, Rosilah Wagiman, Sharipah A.Rahman, Salitah Mahmod, Zainul Arifin Suib, Ahmad Baihaki Husain, Mohd Firdaus Razali, Mohd Fadzli Adnan, Noor Anilah Bakar, Siti Zuraidah Baranon dan Mohd Hafizan Nashruan Adil.

Semuga latihan ini akan menjadikan Pendekar dan Srikandi kita tabah dan sabar. untruk menghadapi cabaran dan segala rintangan kelak ketika berada di sana dan yang pasti dan penting mereka dapat menawan dan menakluki Gunung Nuang....InsyaAllah ...

Wednesday, May 27, 2009

XPDC KSS Di Gunung Belumut


Kelab Sukan dan Sosial menganjurkan activiti XPDC di Gunung Belumut. persiapan yang di lakukan bkan hanya segi mental tapi juga fisikal.

Sebagai latihan mereka,mendaki Gunung Lambak untuk persiapan ke sana.

Bukan senang hendak mendaki.... Banyak cabaran dan dugaan mereka tempuhi.

Walau bagaimana pun syabas buat mereka!!

Sila lungsuri tautan berikut untuk melihat foto-foto yang lain dengan cara copy dan paste alamat di bawah ini pada search engine...

http://picasaweb.google.com/kssmpob/KSSGunungBerlumut#slideshow/5340369649234492994

Tuesday, May 26, 2009

Gambar-gambar XPDC Mendaki Gunung Di Malaysia


XPDC mendaki gunung tidak semudah yang di sangkakan.Banyak perkara yang harus dipertimbangkan. En.Yusree Mohd dari Kelab Sukan dan Sosial MPOB,Kluang amat meminati sukan mendaki gunung.Beliau telah banyak melakukan XPDC mendaki Gunung-Gunung di serata Malaysia.Antaranya ialah Gunung Belumut,Gunung Stong,Gunung Inas,Gunung Bunga Buah,Gunung Tangga dan banyak lagi.

Seperti kata beliau,bukan senang hendak mendaki gunung-ganang ini. Banyak yang harus di persiapkan,terutama sekali dari segi mental dan fizikal.Untuk mendapatkan fizikal yang baik,beliau mengamalkan gaya hidup yang sihat.Berlari -lari anak adalah senaman yang terbaik untuk keseluruhan aras keafiatan,dengan masa yang sama ini juga dapat membantu memperkuatkan kakinya untuk cabaran yang bakal dihadapinya ketika pendakian nanti.Beliau harus berlatih sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali seminggu.

Dari segi mental,beliau sering mendapatkan informasi yang terbaik tentang pendakian gunung yang akan beliau daki samada dari membaca atau dari pendaki-pendaki yang lain.
Dari pengalaman beliau yang lalu,beliau arif yang beliau akan berada dalam keadaan "comot" untuk beberapa hari dan dengan cuaca yang seringkali tidak menentu yang akan turut menjejaskan kesihatan.Kesemuanya itu akan menjejaskan mental seorang pendaki andainya mereka tidak bersedia.

Sila lungsuri tautan berikut untuk melihat foto-foto yang lain dengan cara copy and paste alamat-alamat dibawah ini pada search engine.

1.Gunung Belumut,yang mempunyai ketinggian 1010 meters.Gunung ini teletak di Kluang,Johor.Gunung yang kedua tertinggi di Negeri Johor.Pendakian mengambil masa lebih kurang 2 hingga 4 jam dari bawah hingga ke puncak.Dari bawah hingga ke atas puncak lebih kurang 6 km.

http://picasaweb.google.com/kssmpob/XPDCGunungBelumut#slideshow/5340518660718328242

2.Gunung Stong,yang terletak di Dabong,Kelantan mempunyai ketinggian 1433 meter.Gunung Stong mempunyai Air Terjun 7 Tingkatan yang di percayai tertinggi di South East Asia dan mendapat penarafan di dalam 10 yang terbaik di "Eco-Tourism" di Malaysia.

http://picasaweb.google.com/kssmpob/XPDCGunungStong#slideshow/5340540629730031906

3.Gunung Tangga,yang teletak di Kuala Tahan,Pahang.Mempunyai ketinggian 2014 meter dari aras laut yang membahagikan sempadan Kelantan dan Pahang.

http://picasaweb.google.com/kssmpob/XPDCGunungTangga#slideshow/5340538767544520066

4. Gunung Bunga Buah,yang terletak di Genting Highland,Selangor, mempunyai ketinggian 1430 meter.Gunung bunga Buah adalah antara tempat latihan pendaki-pendaki gunung di lembah Klang.Gunung ini boleh di daki dalam masa sehari (6.45km) atau pendaki boleh juga bermalam di Puncak Gunung.

http://picasaweb.google.com/kssmpob/XPDCGunungBungaBuahPahang#slideshow/5340050358580624914

5. Gunung Inas,terletak di Lawin,Perak yang mempunyai ketinggian 1801 meter.

http://picasaweb.google.com/kssmpob/XPDCGunungInasPerak#slideshow/5340528831069513426

Kami ingin mengucapkan ribuan terimakasih pada En.Yusree Mohd atas kesudian beliau berkongsi pengalamannya dengan kami.

Di akhir kata Adakah KSS MPOB Kluang bersiap siaga mendaki GUNUNG KINABALU??? Hah!! Jawab NYDY Sulaiman jangan tak jawab!!