Wednesday, June 9, 2010

Volleyball Oh Volleyball


Perlawanan persahabatan antara Pasukan Volleyball KSSMPOB Kluang dengan Pasukan PPK Rengit Batu Pahat berlangsung pada 5 June 2010. Keakraban silaturahim terjalin erat dengan kemeriahan sorakan penonton dengan seli usikan-usikan yang melucukan dan disusuli oleh gelak ketawa. Cuaca terik sekali sehingga air oren setempayan yang disediakan oleh En. Abas hampir kering.



Perlawanan yang hebat ini berlangsung hingga ke set penentuan. Semangat kesukanan yang di pamerkan oleh kedua-dua pasukan adalah tinggi, inilah yang penting Selepas berjuang bersungguh-sunguh hanya nasib tidak menyebelahi kita pada kali ini. Begitulah adat permainan ada yang kalah dan ada yang menang. Kalau kalah melawan tak pa…orang puashati….(betul tak Jak…terima kasih di atas laporan anda)

Pemain KSSMPOB Kluang:
1) Razak Isa - Ketua Pasukan
2) Muhammad Saifullah
3) Hashim Khalidi
4) Hazrey Mokrey
5) Mohd. Thani
6) Ahmad Firdaus
7) Mohd. Najib Syukor
8) Firdaus Saringat

Keputusan Perlawanan:
Set pertama: 19 - 25
Set kedua: 25 - 20
Set ketiga: 25 - 16



Wednesday, June 2, 2010

KIOS LEMAN_ROTI JOHN POWER SPECIAL


Kios Leman_Roti John Power Special telah dibuka 1 Jun 2010.

Alhamdulillah seorang lagi usahawan kecil muncul di celah-celah tokoh-tokoh koporat besar. En Sulaiman Yusof empunya nama, mengusahakan perniagaan makanan segera Roti John Power yang istimewa. Kita percaya sesungguhnya langkah yang besar itu bermula daripada satu langkah kerdil yang pertama.

Wartawan kita aPEk telahpun mencuba resepi beliau malam tadi dan aPEk sangat sukakannya, ‘Boleh makan, roti manyak lembut dan inti sedap, gelenti puas hati’ ujar aPEk. Menurut aPEk lagi roti lembut yang hebat itu dihasilkan oleh anak bumiputra sendiri, hasil tangan orang tempatan Kluang dan inti daging juga daripada jenama bumiputra yang terkenal.

Kios Roti John Istimewa beliau berada di:
Lokasi: Jalan Lingkaran (sila rujuk gambar)
Waktu berniaga: 7.30 malam sehingga 11.00 malamHarga: 2 pilihan: RM1.50/regular dan
RM3.00/jumbo (besar 1 kaki panjang wooh….)


Kepada semua warga MPOB khususnya, jemputlah menikmati Roti John Power special yang di hasilkan oleh En. Leman kita ni…lagipun beliau pun salah seorang daripada ahli kelab…kalau tak kita yang sokong siapa lagi kan. Yang penting Roti John Power Special ni memang sedap dan kebersihan memang dititik beratkan oleh rakan kita ni, gerenti tak malu nak rekomen pada member-member lain. Masih tak percaya lagi?..ermmm anda bolehlah cuba, hargapun murah dan sedap…tunggu apalagi jom serbuuuuu…..

Bagi pembaca blog yang dihormati (buat permulaan biarlah sekitar Kluang sahaja dulu), sekiranya anda berhajat membuat tempahan Roti John Special beliau, bolehlah menghubungi beliau di no. HP: 013-7171420.

Tuesday, June 1, 2010

Lapuran Mesyuarat Agong yang ke 30 Tahun


Kelab Sukan Dan Sosial MPOB Kluang telah mengadakan mesyuarat Agung tahunan yang ke 30 pada 27 Mei 2010 pukul 2.30 petang di ruangan kantin MPOB Kluang dengan kehadiran seramai 117 orang ahli.

Mesyuarat Agong kali ini telah dirasmikan oleh wakil Ketua Stesyen iaitu En. Norli Ismail (Pengurus Ladang Stesen MPOB Kluang).

Mesyuarat telah dapat dijalankan dengan jayanya dengan pembentangan minit mesyuarat, penyata kewangan, laporan biro-biro sukan, penyampaian cenderahati, sijil dan hadiah-hadiah pertandingan sukan.

Mesyuarat telah diakhiri dengan jamuan ringan pada pukul 4.00 petang.