Wednesday, October 28, 2009

Lawatan Ke Sarawak dari 21 Oktober hingga 24 Oktober 2009


Disini saya cerita sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan ini.

Penerbangan ke Kuching selama 1 jam 210 minit menaiki kapal terbang Air Asia pada 21 Oktober 2009. Seramai 8 orang terdiri daripada:-

1. En. Sulaiman A. Ali Mohd
2. Cik Nordiyana Ishak
3. Pn. Sharipah A. Rahman
4. Pn. Norani Salleh
5. Pn. Rajeswary
6. Pn. Siti Noraiah Sudaip
7. Pn. Salitah Mahmod
8. Kak Indah ( anak Mak Nor )

Dalam kegugupan menaiki pesawat, akhirnya kami selamat mendarat di Kuching International Airport pada pukul 8 mlm. Indah sungguh panorama Bandar Kuching pada waktu malam. Disinari cahaya lampu jelas kelihatan dari ruang udara bandar Kuching. Setibanya di situ, kami dijemput oleh Saudara Ravi, tuan punya kereta sewa yang kami bandar Kuching. Setibanya di situ, kami dijemput oleh Saudara Ravi, tuan punya kereta sewa yang kami charter sepanjang 4 hari 3 malam di Kuching. Kami sepakat untuk mencari kedai makan sebelum 'check-in' di Somerset Gateway lantaran perut yang sudah berkeroncong. Di Kuching ini terkenal dengan mee kolok...apa rasanya???? itu kena tanya dengan En. Sulaiman. Selesai menjamu selera, kami terus ke Somerset Gateway untuk melepaskan lelah. Walaupun berlaku sedikit kekeliruan apartment, akhirnya dapat jua kami melabuhkan badan di atas katil empuk......apa lagi, tido la........................


Selesai sarapan pagi di kafetaria Somerset Gateway, kami dijemput oleh En. Gulongan kerana En. Ravi tidak dapat mengambil kami kerana ada kematian di kampung beliau. Nama manjanya Longan, mudah, ringkas dan padat. Destinasi pertama adalah Kampung Budaya SArawak. Kampung Budaya ini juga dikenali dengan nama Muzium Hidup yang terbesar. Disini terhimpun kesemua adat dan budaya setiap kaum pribumi Sarawak iaitu, Melanau, Iban, Penan dan banyak lagi. Penat berjalan kerana kawasan yang luas dan tidak terlepas dari turun naik tangga. Fuhyooo.. ........penat sungguh kerana dengan melawat Kg Budaya ini, sama seperti kami melawat seluruh Negeri Sarawak. Kira 'short-cut' la.....apa yang menariknya, setiap seorang diberi buku passport. Tujuannya, sebagai guide dan ringkasan apa yang terdapat di Kg Budaya ini serta setiap rumah yang kami kunjungi akan disediakan ruangan untuk mengecop di buku tersebut. Salah satu lagi tarikan di Kg Budaya ini, setiap jam 11.30 pagi hingga 12.15 tgh, pengunjung akan disajikan dengan persembahan kebudayaan semua kaum di Sarawak. Seronok sekali dengan persembahan mereka yang ada kalanya mencuit hati.
Kira-kira jam 12.30 tgh, kami bergerak ke Santubong Resort ( hanya untuk bergambar )

So kami terus ke Serapi Corner untuk makan tengahari memandangkan ada yang kelaparan....Namun sedih rasanya bila sampai di kedai, yang ada hanya Nasi Ayam. Lauk- pauk semua dah habis........untuk mengelakkan sakit perut dan mabuk, kami makan juga disitu. Blurppp ......kenyang!!!
Sejurus selepas makan, En. Longan mengajak kami ke kilang membuat pasu Sarawak. Wah....boleh juling biji mata bila dikelilingi dengan pasu- pasu berukir yang indah-indah. Lama juga kami disitu. Wah.....Auntie Rajes borong pasu........mana taknya......, 1 kotak besar dia beli...!!

Kemudian kami ke satu kedai 2 tingkat. Nama kedai.....oops...tak ingatla!!Terdapat banyak produk-produk keluaran Sarawak dijual disitu. Ramai juga la yang shopping di situ cuma ada jua produk yang harganya agak tinggi berbanding di tempatr lain. Dari situ kami ke kedai menjual gelang-gelangan di Kuching Waterfront. Boleh rambang mata kat kedai ni...kalau boleh, semua nak dibeli....itulah nafsu namanya.......

Hasrat nak naik feri menyusuri Sg Sarawak sambil melihat matahari terbenam terpaksa kami benamkan kerana tiketnya RM 55 seorang....melepas...... Selepas itu, kami ke deretan kedai menjual cenderahati di sepanjang jalan. Ada yang borong t-shirt, yang borong pedang, ada juga yang borong senduk..... ...ye la 7 batang RM 10.00 rugi tak beli......

Walau bagaimana pun kami berasa seronok sekali berada di sana... InsyaAllah jika ada kesempatan boleh lah kita singgah lagi..

Sumber info & foto dari : Cik Nordiana

Terima Kasih

Alhamdullilah,syukur kehadrat Illahi,saya rasa amat gembira melihat ramai yang memberikan "commento" anda. Terima kasih kerana sudi melayari blog KSS MPOB Kluang.

Semuga lelaman blog ini sama ada di lelaman Comment ataupun Chatter's Corner akan dapat mengeratkan lagi siratulrahim antara kita.

Semua kata-kata dan commento anda di ambil kira.. Akan kami perbaiki blog ini dari masa kesemasa... Saya mengalu-alukan saranan anda .Sila email kepada kami di alamat kssmpob@hotmail.com


Salam dari Singapura
Selina Hj Salleh

Monday, October 19, 2009

Rumah Terbuka MPOB sempena Hari Raya Aidil Fitri


KSSMPOB Kluang bebesar hati menjadi hos pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Stesen MPOB Kluang 09. Pihak Kesatuan Kakitangan Am dan Persatuan Kebajikan Islam turut sama bekerjasama meraikan majlis tersebut. Majlis bermula tepat jam 11.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.

Gamitan suara nasyid En. Zailan Mohd Dahlan dan En. Abd. Rahman Wahid berkumandang mendayu-dayu menerusi pembesar suara. Para tetamu berdiri beramai-ramai melontarkan suara memecahkan keheningan pagi. Marhaban dilagukan dengan penuh semangat dan keinsafan. Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Setelah selesai bermarhaban, doa selamat yang diselang dengan Bahasa Melayu yang indah dibacakan sahdu oleh En. Zailan demi kesejahteraan kita semua.

Barisan tetamu seperti perajurit di medan perang bersuara padu mengaminkan.
Ucapan Selamat Hari Raya oleh NYDP En. Sulaiman dan pihak-pihak tertentu turut menyerikan majlis. Tetamu duduk selesa di bawah khemah tekun mendengarkan amanat En.Marhalil Marjuni yang berucap bagi bagi pihak Ketua Stesen.
Bagi pihak Persatuan Kebajikan Islam, En. Hafizal Halim menyampaikan cenderahati dan sepatah dua kata kepada Puan Napsiah Omar yang akan berangkat menunaikan haji pada tahun ini.
Kira-kira 300 orang kakitangan dan termasuk tetamu jemputan hadir bagi menjayakan majlis ini.
Seperti biasa Chef En. Abas dan isterinya bertanggung jawab memasak dan menyediakan juadah serta hidangan, pelbagai masakan enak dari briani kambing , murtabak, cendol sehingga ke kuih pelita turut disajikan untuk tetamu. Para tetamu berbaris panjang memilih masakan kegemaran masing-masing untuk santapan tengahari.
DJ Ahamad Hasanar tidak ketinggalan menyumbangkan kepakaran beliau menyediakan kemudahan Sistem Karaoke untuk hiburan tetamu. Penyanyi-penyanyi akedemi MPOB Kluang berebut-rebut menyumbangkan suara yang memukau perasaan. Boleh dikatakan majlis sambutan kali ini disambut dengan meriah.

Friday, October 9, 2009

Rumah Terbuka KSSMPOB KLUANG



Di sini pihak keluarga KSS MPOB Kluang ingin menjemput tuan/puan semua untuk hadir pada Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 pada Hari Khamis 15/10/2009. Majlis yang akan diadakan di kantin MPOB Kluang dari pukul 11.00 pagi sehingga 3.00 petang.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih di atas kehadiran anda sekalian.Di harap kita mendapat mengeratkan lagi siratulrahim dengan masjlis ini.

Administrator:
Semuga Allah SWT senantiasa memeberkati dan merahmati masjlis ini....Amin

MAJLIS SEDERHANA MERAIKAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009



Selawat dan salam serta puji-pujian untuk Junjungan Nabi Muhammad S.A.W itulah antara bait-bait indah lagu Marhaban yang berkumandang sewaktu Majlis Meraikan Hari Raya Aidilfitri 2009 yang dihoskan oleh Kumpulan Makmal Analisis Tandan.



Majlis tahunan kecil-kecilan ini dihadiri oleh lebih kurang 50 kakitangan dan para pegawai dari 6 sub-seksyen. Selepas Marhaban, bacaan doa dibacakan oleh En.Zailan Mohd Dahlan dan diikuti oleh ucapan wakil-wakil kumpulan memohon ampun dan maaf bagi pihak masing-masing. Walaupun sederhana majlis ini di sambut meriah dengan sedikit juadah untuk jamuan. Terima kasih kepada kakak-kakak Bunch Lab kerana bersusah payah memasak untuk kami.

Tujuan majlis ini diadakan adalah khusus untuk merapatkan silaturahim disamping bermaaf-maafan sempena Hari Raya bak kata pantun lama:

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati

Administrator:
Mudah2an Allah ampunkan dosa dan perluaskan rezeki kita…aminnn

TRIP TERBANG KE BUMI KENYALANG

Biro Rekreasi dan Pelancongan melaporkan bahawa seramai 12 orang kakitangan akan terbang ke Sarawak pada Rabu 21/10/2009 mengikuti program pelancongan KSSMPOB Kluang selama 3 malam dan 4 hari. Lawatan meliputi rumah panjang Gunung Santubung, membeli belah di Bandaraya Kucing dan pelbagai akviti lain. Rombongan kali ini diketuai oleh NYDP.

Administrator:
Agi Idup Agi Ngelaban. Terkenang kisah Puteri Santubung

Wednesday, October 7, 2009

Bantuan kemanusiaan ke Padang tetap diteruskan - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia, akan diteruskan walaupun ada segelintir rakyat negara itu masih mempunyai tanggapan negatif terhadap Malaysia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata aspek kemanusiaan seharusnya dilihat dari sudut yang berasingan, justeru konflik yang timbul ketika ini tidak boleh dibiarkan mempengaruhi sebarang usaha baik oleh Malaysia terhadap pihak yang memerlukan.

"Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, kita tidak akan hantar (bantuan) kalau tidak ada satu lampu hijau, kebenaran dari pihak Indonesia.

"Sedikit sebanyak (pasukan Malaysia) telah membantu keadaan di Padang dan ini dilihat dari sudut hubungan baik kita antara kerajaan dengan kerajaan, dan umumnya antara rakyat dengan rakyat.

"Kita tidak akan melihat kepada satu kelompok, dua kelompok, maksudnya kita bersikap saling bermusuhan atau mengambil langkah balas. Kita tidak begitu, jadi apa pun usaha adalah dari sudut kemanusiaan selagi dikehendaki dan dapat izin dari pihak Indonesia, kita akan lakukan dan itu yang kita buat dulu," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 8 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kecenderungan sesetengah pihak di Indonesia membuat kenyataan dan bersikap negatif terhadap Malaysia walaupun negara ini merupakan negara pertama yang menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Padang.

Muhyiddin berkata, bantuan seumpama itu adalah usaha baik bagi menonjolkan semangat setiakawan dan menilai hubungan akrab antara kedua-dua negara yang terjalin erat selama ini.

Katanya isu apa saja dalaman seharusnya diserahkan kepada kebijaksanaan pihak pemerintah Indonesia yang lebih mahir menguruskan hal ehwal dalaman negara mereka.

"Saya percaya mereka lebih faham, lebih tahu dan kita harap ada sesuatu usaha dibuat untuk tidak mengeruhkan hubungan baik kita hanya kerana ada pihak tertentu yang bertindak mengikut perasaan mereka sendiri.

"Saya fikir biarlah kita serah kepada pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil apa langkah yang lebih sesuai. Mereka lebih tahu urusan dalaman (negara) mereka," katanya.

Beliau berkata Malaysia tetap akan mengambil langkah berjagajaga dan tidak memandang ringan terhadap sebarang bentuk ancaman yang ditimbulkan oleh kelompok tertentu di Indonesia.

Walaupun ketegangan itu bukan dicetuskan oleh kerajaan Indonesia namun Malaysia tetap memberi perhatian KERANA kesemua isu itu memberi implikasi terhadap hubungan baik keduadua negara.

"Kita percaya pihak pemerintah Indonesia akan mengambil langkahlangkah untuk memastikan hal sebegitu tidak dengan semudahnya dilakukan dan ini bukanlah soal dalaman negara, tapi sudah ada hubung kait dengan negara jiran seperti Indonesia. Jadi kita agak perlu berjagajaga, walaupun perkara itu dilakukan oleh kelompok tertentu tapi ini tidaklah dipandang ringan," katanya ketika mengulas mengenai laporan bahawa kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) akan menyerang Malaysia esok menerusi kepulauan Borneo.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, dalam menangani isu itu, kerajaan telah menghantar Menteri Luar Datuk Anifah Aman untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bagi membincangkan dengan lanjut perkara tersebut.

"Di samping itu, ada usaha lain yang kita lakukan cuma tidaklah secara terbuka supaya keadaan itu dapat diredakan. Oleh sebab itu Presiden Indonesia telahpun buat keputusan bahawa selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden, negara pertama yang akan beliau lawati ialah Malaysia, dan ini memberi peluang untuk pucuk pimpinan tertinggi Indonesia dengan Perdana Menteri membincangkan secara lanjut dan berhemah, apa langkah yang wajar dibuat," katanya.

Timbalan Perdana enteri berkata beliau yakin pihak pemerintah Indonesia tidak mahu hal seperti itu menjejaskan hubungan baik yang telah terjalin antara kedua-dua negara jiran yang penting ini.

Ketika ditanya mengenai kawalan keselamatan negara, Muhyiddin berkata pihak keselamatan sentiasa berada dalam keadaan berjagajaga kerana sebarang ugutan dari pihak luar tidak boleh dipandang enteng.

"Kita tidak mahu anggap mudah dengan ugutan yang datang dari pihak mana sekalipun.Selama ini pun kita tidak ada isuisu yang besar. Ini hanya persepsi sekelompok masyarakat Indonesia yang tidak puas hati atas apa sebab, sama ada ia terpengaruh dengan pihak tertentu ataupun ada muslihatnya. Itu kita kurang pasti.

"Tapi dari sudut hubungan kita dengan Indonesia, seperti biasa diteruskan dan garisan diplomatik itu masih kekal ada. Kalau adapun tindakan, kita buat berdasarkan saluran diplomatik," katanya.

Ditanya mengenai ancaman yang diterima oleh pasukan misi kemanusiaan Malaysia di Padang, Muhyiddin berkata kerajaan belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.

"Setakat hari ini kita tidak dengar ada laporan sebegitu kerana kawasan yang mereka pergi itu ialah kawasan malapetaka.

Fokusnya ialah menyelamat dan kalau bukan menyelamat nyawa, ialah membantu mereka yang dapat diselamatkan. Saya tidak dapat laporan dari Smart dan sebagainya yang mengatakan mereka berhadapan dengan masalah sebegitu, jadi biarlah," katanya.BERNAMA

Sumber dari : Mystar