Saturday, April 11, 2009

Kenangan Manis Di Sabah 5hb hingga 8hb 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatuh,

Buat teman-teman di sana, semuga berada di dalam keadaan sejahtera hendaknya.Saya telah muat turunkan gambar-gambar kenangan manis bersama di Sabah. Sila pergi ke tautan ini untuk gambar-gambar selanjutnya

http://s710.photobucket.com/albums/ww103/kssmpob/?albumview=slideshow&newest=1

Salam Ukuwah Dari Singapura,

Selina Hj Salleh

Pesanan: Jangan lupa mengongsi gambar2 yang telah diambil di kamera lain.

Thursday, April 9, 2009

Kunjungan Ke Kota Kinabalu,Sabah - 5hb hingga 8hb April 2009


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh,

Kami mengunjungi Negeri Di Bawah Bayu atau lebih di kenali dengan nama Sabah pada 5hb hingga 8 hb April 2009. Rombongan berkenaan di ketuai oleh Naib Yang Di Pertua Kelab Sukan & Sosial MPOB Kluang, En. Sulaiman A.Ali Mohd dan beliau memimpin seramai 9 orang ke sana.

Di hari pertama - 5 hb April - Kami terbang dari lapangan terbang Senai pada tempat jam 7.20 pagi dan selamat mendarat di Terminal 2 Lapangan Terbang Sabah lebih kurang jam 10.30 pagi dan kenderaan kami telah sedia menunggu. Kami terus bergegas ke Promenade Apartment untuk mendaftar tempat tinggal. Setelah berehat dan makan tengah hari, kami ke Filipina Market yang banyak menjual aksesori yang diperbuat daripada mutiara dan kristal tidak ketinggalan juga gerai-gerai menjual buah2an dan hasil laut. Baki masa yang ada kami gunakan untuk melawat dan membeli belah disekitar apartment.

Di hari kedua - 6 hb April - 9.30 pagi, kami menuju ke Pulau Manukan dengan menaiki bot . Di Pulau Manukan kami snokel dan bermandi manda bersama ikan-ikan yang jinak dan begitu mengasyikkan. Setelah itu kami menuju ke Muzium Sabah dan replika rumah panjang pelbagai suku kaum pribumi Sabah. Kami pulang ke apartment selepas makan malam.

Di hari ketiga - 7hb April - Kami bertolak jam 7.00 pagi untuk menuju ke destinasi tertinggi di Asia Tenggara - Gunung Kinabalu. Terasa nyaman dan sejuknya ketika berada di kaki Gunung Kinabalu. Tanpa disangka kami berlima ( En. Sulaiman, En. Hamizan ,Pn. Selina , Pn. Salitah dan Cik Diyana ) berjaya mendaki kawasan tambahan pengambilan gambar setinggi 2,420 meter dari aras laut untuk melihat pemandangan air terjun di kaki gunung. Walaupun tanpa sebarang persiapan yang lengkap ...Yes!!! kami berjaya .

Setelah penat mendaki, kami bermandi manda pula di Air Panas Poring. Setelah beberapa ketika berendam, kami menuju ke Sulaman Centre untuk makan malam. Terimakasih yang tak terhingga untuk Puan Lin iaitu Kakak Pn.Salitah (tokeh restoren) yang sudi menaja makan malam kami . Sesungguhnya terasa kenyang perut kami malam itu ... Hahahahhaah makan per .. per... percuma. Setelah perut kami kenyang kami meneruskan perjalanan pada malam itu untuk menghabis baki wang yang ada di dompet kami.. last minit shopping ... setelah jam 11.00 malam kami berangkat pulang .. Nasib baik kedai dah mula nak tutup kalau tak .... mungkin shopping lagi kott....

Di hari keempat - 8hb April - Kami check out dari apartmen jam 8.30 pagi dan menuju ke lapangan terbang Sabah untuk pulang . Selamat Tinggal Sabah ! Kami selamat sampai di lapangan terbang Senai kira kira jam 12.30 tengahari.

Begitu cepat masa berlalu, 4 hari 3 malam di Sabah membuat kami begitu gembira dan amat memuaskan. Ingin saya mengambil kesempatan mengucapkan terimakasih kepada semua yang telah menjayakan rombongan ke Kota Kinabalu, Sabah.

Kami pasti akan kembali lagi ke Negeri di Bawah Bayu ini untuk satu program hebat. Mendaki Gunung Kinabalu .. InsyaAllah.....

Salam Ukhwah dari Singapura,
Selina Hj Salleh