Monday, October 19, 2009

Rumah Terbuka MPOB sempena Hari Raya Aidil Fitri


KSSMPOB Kluang bebesar hati menjadi hos pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Stesen MPOB Kluang 09. Pihak Kesatuan Kakitangan Am dan Persatuan Kebajikan Islam turut sama bekerjasama meraikan majlis tersebut. Majlis bermula tepat jam 11.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.

Gamitan suara nasyid En. Zailan Mohd Dahlan dan En. Abd. Rahman Wahid berkumandang mendayu-dayu menerusi pembesar suara. Para tetamu berdiri beramai-ramai melontarkan suara memecahkan keheningan pagi. Marhaban dilagukan dengan penuh semangat dan keinsafan. Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Setelah selesai bermarhaban, doa selamat yang diselang dengan Bahasa Melayu yang indah dibacakan sahdu oleh En. Zailan demi kesejahteraan kita semua.

Barisan tetamu seperti perajurit di medan perang bersuara padu mengaminkan.
Ucapan Selamat Hari Raya oleh NYDP En. Sulaiman dan pihak-pihak tertentu turut menyerikan majlis. Tetamu duduk selesa di bawah khemah tekun mendengarkan amanat En.Marhalil Marjuni yang berucap bagi bagi pihak Ketua Stesen.
Bagi pihak Persatuan Kebajikan Islam, En. Hafizal Halim menyampaikan cenderahati dan sepatah dua kata kepada Puan Napsiah Omar yang akan berangkat menunaikan haji pada tahun ini.
Kira-kira 300 orang kakitangan dan termasuk tetamu jemputan hadir bagi menjayakan majlis ini.
Seperti biasa Chef En. Abas dan isterinya bertanggung jawab memasak dan menyediakan juadah serta hidangan, pelbagai masakan enak dari briani kambing , murtabak, cendol sehingga ke kuih pelita turut disajikan untuk tetamu. Para tetamu berbaris panjang memilih masakan kegemaran masing-masing untuk santapan tengahari.
DJ Ahamad Hasanar tidak ketinggalan menyumbangkan kepakaran beliau menyediakan kemudahan Sistem Karaoke untuk hiburan tetamu. Penyanyi-penyanyi akedemi MPOB Kluang berebut-rebut menyumbangkan suara yang memukau perasaan. Boleh dikatakan majlis sambutan kali ini disambut dengan meriah.

5 comments:

Anonymous said...

Waduhhh....,jgn x caya...sini byk ada artis tersohor..kih.kih

aina said...

Salam..tuan,saya ada nak buat majlis kesyukuran..kalau boleh dgn alunan nasyid dan selawat syahdu.
Boleh tuan hubungi ' mamat ' tu..yg tuan kata bagus gamitan mendayunya tu..( ada mcm asri rabbani ke..hehe)

saya, ainaahidayah@yahoo.com.my

OranGbuNiaN said...

Soal hubungi tuan punya badan no prob aina...kalo dia nyanyi lagu Rabiatul Adawiah (Mawi) fulamak jangan tak caya...nanti saya bagi email add u kat dia

OranGbuNiaN: nak join tapi tak nampak huwaaa

Anonymous said...

Assalamualaikum semua..
Tahniah kepada penerbit blog kerana lahirkan blog begini..maaflah tak kesempatan nak jengah..sebelum ni asyik silap alamat jer..
Buat mijan..sorilah ada fact yang aku tak caya pagi tadi..rupanya betul...seram juga aku ni..
Cadangan aku..maybe bole diselitkan video yang manafaat walaupun barang seminit dua..

OranGbuNiaN said...

Terima kasih di atas sokongan anda.Kredit sebenarnya kepada Administrator yang bersusah payah melahirkan blog ini. Tentang cadangan mengsisipkan video insyaAllah pihak kami akan usahakan. Saya hanya wartawan blog ini sahaja.

OranGbuNiaN: kalau ada videopun susah nak nampak saya sebab halimunan hikz..