Friday, January 8, 2010

Futsal 4 Penjuru


Syabas dan tahniah kepada En. Thany selaku pengurus Bola Sepak KSSMPOB Kluang kerana berjaya memimpin pasukan Futsal MPOB menjadi JOHAN pada perlawanan persahabatan 4 Penjuru yang telah diadakan pada 30 Disember 2009 di Stadium Kluang bermula jam 8.15 malam.
Perlawanan ini disertai oleh Team Majlis Perbandaran Kluang A, Team Majlis Perbandaran Kluang B, Team MBSB+Public Bank dan MPOB.Nak kata terror tak la sangat tapi bayangkan baru je sepak mula tak tak sempat nak kelip mata, si Azraf dah jaringkan gol hasil hantaran cantik salah seorang pemain kita...tu kira terror ke???? Tapi Keeper MPOB si Zizie pun boleh tahan gak menjaga gawang dari dibolosi pihak lawan. Caralah.......

Kepada papa Adhi kita, cayalah....anda masih mampu memberi yang terbaik untuk pasukan MPOB. Ternyata usia bukan penghalang menabur bakti dalam arena sukan.
Tak lupa juga sekalung penghargaan kepada barisan penyokong kuat MPOB terdiri daripada Mrs Thany ( Siti Zuridah ), Abas & Mrs Abas, Lady D, Sharipah, Mrs Jamaludin ( Aspalela ), Kak Manah dan Salitah. Nampaknya kehadiran penyokong juga menguatkan lagi semangat para pemain. Mana taknya....kita bukan setakat menang bermain tetapi menang sorak sampaikan pihak lawan jadi gerun. Kalau tak menjadi johan pun kita tetap menang sorak. Tak percaya??? Tengok gambar. Walaupun dibarisi srikandi namun kehadiran kami mampu memberi impak yang besar terhadap pasukan. Lain kali kena bawa mereka semua ni kalau nak menang. Nampaknya NYDP kenalah wujudkan pasukan ‘ CheerLady ‘ khusus untuk menyokong dan menaikkan semangat para pemain.

Berikut adalah keputusan perlawanan persahabatan tersebut :-
JOHAN : MPOB
N. JOHAN : MBSB + PUBLIC BANK
KE – 3 : MPK A
KE – 4 : MPK B



Coretan Dari : Lady D

2 comments:

xali alonso said...

tahniah kepada pasukan futsal mpob kluang. korang mmg cara la. hehheehhe.... tahniah juga sbb, berjaya menaikkan nama mpob. keep it up semua!!!

Anonymous said...

kenapa mesti ada muka org kantin tu..nyibuk je..hahaha...