Monday, June 8, 2009

We did it!! We had won!!Congratulation Guys!!


Perlawanan Persahabatan antara Pasukan KSS MPOB Kluang telah bertemu dengan Pasukan Wisma Persekutuan Bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kluang yang telah diadakan pada 4 Jun 2009 di padang MPOB Kluang.KSS MPOB Kluang yang di ketuai oleh En Mohd Thany beserta dengan pemain - pemain yang lain seramai 20 orang.

Perlawanan pada petang itu yang bermula pada jam 5.30 petang dan di hadiri lebih kurang 50 orang.Wow!!! Satu pencapaiaan yang tidak diduga,ini lah yang dikatakan semangat pasukan...

Perlawanan persahabatan yang berlangsung begitu hebat sekali . Sorakkan demi sorakkan yang di dengari.....Kedua-dua pasukan begitu semangat dan berkobar-kobar ketika bermain...

KSS MPOB Kluang telah menjaringkan 3 Gol di separuh masa pertama berbanding dengan pasukan lawan yang menjaringkan 2 gol.Gol pertama di minit yang ke 11 dijaringkan oleh Mohd Asraf.Pasukan lawan juga membuat jaringan mereka yang pertama selepas itu. Semangat KSS Kluang begitu berkobar-kobar sehingga pada minit ke 21,gol kedua pula di jaringkan oleh Faiz Buang.Pihak lawan menyerikan perlawanan dengan jaringan gol kedua mereka,Hero KSS MPOB Kluang,Mohd Asraf telah menjaringkan gol ketiga diminit ke 26.

Di pembukaan separuh masa kedua pula pihak lawan telah menyerikan perlawanan lagi. Ini bermakna seri 3-3.Gol keempat pihak lawan tidak mematahkan semangat KSS MPOB Kluang. Mereka bangkit melalui "hat-trick" gol ketiga dari Mohd Asraf. Ini bermakna seri sekali lagi 4-4 .Nasib menyebelahi pihak kita,di minit terakhir gol yang di jaringkan oleh Rafizal telah menyelamatkan pasukan KSS MPOB Kluang.

Di akhir perlawanan persahabatan ini KSS MPOB Kluang menjuarai permainan ini. Mereka menang 5-4 dengan pasukan lawan.

Syabas dan tahniah sekali lagi KSS MPOB Kluang atas kemenangan ini.!! Ini membuatkan semangat KSS MPOB Kluang untuk mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan,..mungkin dengan KSS HQ pula....So apakata KSS HQ ..andai berminat sila lah berhubung dengan En Mohd Thany - Biro Bolasepak Kluang.

OLE ..OLE.. OLE ..OLE ..OLE..OLE...KSS KLUANG BOLEH !!!

Sumber Info dari En Mohd Thany
Gambar Dari Cik Nordiyanah

2 comments:

xali alonso said...

untuk perlawanan persahabatan, mungkin akan di usulkan kpd nydp hq.
anyway, tahniah. semoga, terus cemerlang.

Administrator said...

Terimakasih,kami amat berharap suatu ketika nanti perlawanan persahabatan dapat diadakan.