Thursday, June 18, 2009

Selamat Hari Bapa


Tarikh Hari Bapa adalah pada hari Ahad minggu ketiga bulan Jun pada setiap tahun, ini bermakna tahun ini jatuh pada 21 Jun 2009. Biasanya hari bapa kurang disambut berbanding hari ibu. Walau apapun, bapa perlulah sentiasa diingati sepanjang masa dan bukannya dikenang pada tarikh-tarikh tertentu sahaja. Tanpa ibu bapa siapalah kita.

Jasa bapa kepada kita sangat tinggi dan besar nilainya… Pengorbanannya mendidik, membesarkan kita dengan penuh kasih sayang tak terbalas oleh kita….
Bagi mereka yang masih mempunyai bapa hargailah dan sayangilah mereka sementara mereka masih ada didunia ini…

Bagi yang telah ketiadaan bapa, panjatkanlah doa agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.

Kasihnya Ibu membawa ke syurga,
Kasihnya Ayah jalan ke syurga……….

Khas Buat KSS MPOB Kluang & Amnya buat mereka ,yang bergelar Bapa, Ayah, Abi,Papa atau Abah......walau apa jua panggilan mereka...

................................SELAMAT HARI BAPA.............................


Thank you, Dad...for listening and caring,for giving and sharing,But,Especially, for just being YOU!
Happy Father’s Day…….

4 comments:

trex said...

Helah Sang Kancil di dalam sangkar
Sangkar punai lolos ditepi
Lelah Sang Ayah tiada terbongkar
Anak pandai senyum di pipi

Lelah Sang Ayah tiada terbongkar
Anak pandai senyum di pipi
Cukup doa di waktu Asar
Untuk Sang Ayah yang telah pergi

Terimakasih ayah di atas segalanya

NYDP said...

Memang kesian bapa-bapa ye,
anak anak liat nak menyambut hari bapa,
kalau buat pun tak le.. semeriah hari ibu,
Hai... entah le nasib bapa-bapa, agaknya anak-anak kurang kena rotan kot.

Administrator said...

Tanpa bapa tiadalah kita di dunia ini.Yang harus di tukarkan ialah mindset kita...saya syorkan diadakan pertandingan hari bapa..

trex said...

huhuhu jangan bapak klon ya udah