Wednesday, June 10, 2009

Yang Berbahagia Datuk Dr.Mohd.Basri Wahid


Ketua Pengarah Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia dan juga Yang Di-Pertua KSS MPOB Kluang,Yang Berbahagia Datuk Dr.Mohd Basri Wahid,di antara 40 orang yang menerima Anugerah Panglima Jasa Negara (PJN).

Beliau telah menerima Anugerah PJN ini sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agung Tuanku Mizan Zainal pada 6 June 2009 di Kuala Lumpur.

KSS MPOB Kluang mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Dr.Mohd Basri Wahid, diatas Anugerah PJN ini.

KSS MPOB Kluang juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Dr.Choo Yuen May yang juga dari MPOB kerana menerima Anugerah PJN.

Sumber Dari: NYDP Encik Sulaiman & Mystar online

No comments: