Thursday, June 18, 2009

Majlis Perpisahan En. Rahim Yusof


Pihak AJK KSS MPOB Kluang bebesar hati mengadakan satu majlis perpisahan dan makan tengahari untuk En. Rahim Yusof @ Rahim Misai yang mula bercuti sebulan bermula pada hari ini 18/06/2009 dan kemudian diikuti seterusnya dengan persaraan beliau sebagai staf MPOB.


Beliau telah berkhidmat dengan taat setia selama 34 tahun 6 bulan dan 1 hari sebagai seorang kakitangan kerajaan (Mardi dan MPOB). Pergh….lamanyerrrrrr .
Beliau juga merupakan salah seorang founder KSS MPOB Kluang pada 29 tahun yang lalu yang kini masih aktif hingga ke hari ini.

Salam perpisahan juga diiringi doa semoga beliau sentiasa sihat dan diperluaskan rezeki dalam apa bidang yang beliau ceburi selepas bersara. Dimaklumkan beliau akan mengusahakan sebuah restoran di Muar pada tahun 2010 .InsyaAllah.

NYDP En. Sulaiman Ali Mohd dan Pegawai Penyelidik En. Marhalil Marjuni telah sudi menyampaikan sedikit cenderahati sebagai kenang-kenangan kepada beliau.
Dalam ucapan ringkas dan beremosi NYDP juga sempat berpesan kepada En. Rahim agar silaturahim yang terbina baik selama ini janganlah sampai terputus dan sekiranya ada masa jengok-jengoklah kami di sini.

3 comments:

NYDP said...

Kenapa ye.. orang tua tua di MPOB nampak macam orang muda. Tengok aje lah member kita yang nak bersara ini tambah handsome kata awek-awek yang hadir pada majlis perpisahan beliau.

Administrator said...

Amalan sukan dan beriadah lah yang senantiasa membuat kita sihat dan awet muda. Cubalah pasti berjaya!

trex said...

cam baby lagi...sangatlah awet muda...gigi baru nak tumbuh huhuhuhu