Wednesday, June 3, 2009

Perlawanan Persahabatan Bolasepak pada 21 Mei 2009

Satu perlawanan persahabatan di antara Pasukan KSS MPOB Kluang bertemu Pasukan Kampong Melayu Kluang.Perlawanan telah diadakan di Padang MPOB sendiri,bermula dari jam 5.30 petang dan diakhiri lebih kurang jam 6.45 petang (termasuk waktu cedera dan waktu rehat.)

Pasukan KSS MPOB Kluang yang di ketuai oleh En Mohd Thany beserta 20 pemainnya yang lain.

Perlawanan begitu rancak di separuh masa pertama.Gol pertama KSS MPOB Kluang telah di jaringkan oleh En Misran pada minit yang ke lima belas dan Gol kedua pula di jaringkan oleh Ketua Pasukan KSS MPOB Kluang,En Mohd Thany pada minit yang ke dua puluh.

Di separuh masa kedua pula,perlawanan agak lembab. Ini membuat Pasukan KMK mengambil kesempatan. Pasukan KMK telah menjaringkan tiga gol. Ini bermakna Pasukan KSS MPOB Kluang telah kalah di tangan lawan 2-3.

Walaupun tewas semangat KSS MPOB Kluang tidak runtuh kerana mereka akan mengadakan lagi satu perlawanan persahabatan pada Khamis 4 June 2009 pada jam 5.30 petang,di Padang MPOB.

Keep on going team!!!Let's us cheer for our team!!

Info data dari : En Mohd Thany

3 comments:

xali alonso said...

keep up guys.....

Administrator said...

Terimakasih atas sokongan anda..yang pasti....InsyaAllah KSS Kluang akan bertemu dengan KSS HQ..

NYDP said...

Terima kasih kerana sudi melayari kssmpobkluang.blogspot.com. Saya selaku Naib Yang Di Pertua KSSMPOBKluang mengharapkan cadangan dan pandangan untuk memajukan KSSMPOBKluang. Aktiviti-akyiviti yang kami anjurkan adalah satu-satunya sumbangan dari Jabatan (MPOB) kepada kakitangan dan untuk ahli keluarga kakitangan. Jadi gunakan kesempatan ini untuk merapatkan serta mendampingi sesama kita untuk mengeratkan talisillaturahim dan dengan aktiviti yang di anjurkan oleh MPOB melalui KSSMPKluang menambahbaik perhubungan dikalangan kakitang dan keluarga. Jestru itu rebutlah kesempatan yang terdapat ini menhikut kesesuaian dan keperluan masing-masing agar produktiviti dapat ditingkatkan disamping visi dan misi MPOB berjaya. Pelbagai aktivit telah dirancangkan dan sesiapa yang berminat sila hubungi jawatankuasa tertentu untuk dapat maklumat. sekian