Friday, July 3, 2009

Malang Tidak Berbau

Jumaat 3/07/2009:

Seorang anggota KSS MPOB Kluang telah kerugian hampir RM60,000 apabila rumah beliau di 218 Jln Semangat 11, Taman Sri Lambak, Bandar T6, Kluang telah dipecah masuk oleh 5 orang perompak bertopeng pada awal jam 7.40 pagi tadi. En.Gunasekran A/L Kanan 52 tahun menyatakan beliau telah kehilangan barang kemas bernilai RM4,000, wang tunai sebanyak RM600 dan sebuah kereta Proton Waja JLM 8725 yang baru sahaja digunakan selama 4 bulan bernilai kira-kira RM52,000 telah lesap dilarikan perompak.

Isteri En.Gunasekran melaporkan bahawa kumpulan perompak yang disyaki berbangsa India telah memanjat pintu pagar utama yang berkunci sebelum memasuki rumah. Beliau tidak sempat berbuat apa-apa walaupun cuba berusaha mengunci pintu rumah kerana tindakan pantas perompak-perompak tersebut. Isteri beliau bersendirian semasa kejadian berlaku kerana ahli keluarga yang lain telah keluar bekerja. Isteri beliau juga telah di acukan dengan parang di leher dan diancam akan dicederakan oleh salah seorang perompak tersebut. Dalam sekelip mata sahaja rumah berselerak digeledah oleh perompak-perompak sebelum mereka melarikan diri.

Pihak AJK KSS MPOB Kluang melahirkan rasa sedih dan simpati kepada En. Gunasekran sekeluarga di atas peristiwa ini. Mungkin kita boleh mengambil iktibar diatas kejadian ini.‘So please don’t take things for granted and lightly’.

Adalah dinasihatkan kepada semua ahli-ahli KSS MPOB Kluang serta pembaca blog ini agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga memastikan keselamatan mereka sekeluarga dan harta benda terjamin dengan sentiasa mengunci pintu pagar dan rumah serta bersikap berhati-hati terhadap orang-orang yang tidak dikenali.


Sila hubungi pihak Polis sekiranya anda mempunyai maklumat berkenaan kes ini.

4 comments:

xali alonso said...

takziah diucapkan. semoga, pihak polis dpt segera menangkap penjenayah terbabit.

TreX said...

kadang kala kita merasakan kunci keselamatan yang dipasang sudah mencukupi, kes jenayah menjadi lebih terancang, kena pastikan keselamatan tambahan bagi menghalang atau melambatkan ianya berlaku sementara kita boleh menghubungi pihak berkuasa

hanuti said...

kenape pihak kssmpobk tak buat sumbangan kilat untuk ringan bebanan

Administrator said...

InsyaAllah akan saya bawa pertanyaan anda ke NYDP..