Tuesday, July 14, 2009

Manchester United tiba Jumaat ini

PEMINAT tempatan Manchester United disyorkan untuk menandakan tarikh 17 Julai pada kalendar mereka kerana juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dijangka tiba ke tanah air, Jumaat ini sempena Jelajah Asia 2009.

Bintang Red Devils itu, termasuk Wayne Rooney akan mengadakan sesi latihan terbuka pada hari sama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 5.30 petang (tertakluk pada perubahan).

Sesi ini terbuka kepada peminat yang memiliki pas latihan khas. Sekitar 50,000 peminat dijangka akan menghadiri sesi latihan itu

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents International Sdn Bhd, Julian Kam menggalakkan peminat untuk menghadirkan diri awal bagi sesi latihan itu.

United akan menentang skuad Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Tiket bagi perlawanan ini boleh dibeli menerusi Ticketpro Hotline 03-78807999. Tiket yang tinggal adalah dari kategori RM58. Semua tiket kategori lain habis dijual dengan hanya 15,000 tiket yang berbaki

Sumber ; Berita Harian

3 comments:

Anonymous said...

ha apa nak jadik!!!!!surat khabar melaporkan gara-gara menonton Man-U berlatih dipadang sisuami yang pulang lewat telah di tikam ngan pisau dapur oleh si isteri...suami masuk hospital...isteri masuk lokap...harap2 peristiwa ini menjadi tauladan utk kita semua

Anonymous said...

Bab nie tak bleh comment ...nie mesti kes bab rumahtangga...

xali alonso said...

aku g tgk gak mase training. huhuhu.... but...... liverpool the great. you'll never walk alone!!!! hahhaa