
Tarikh Hari Bapa adalah pada hari Ahad minggu ketiga bulan Jun pada setiap tahun, ini bermakna tahun ini jatuh pada 21 Jun 2009. Biasanya hari bapa kurang disambut berbanding hari ibu. Walau apapun, bapa perlulah sentiasa diingati sepanjang masa dan bukannya dikenang pada tarikh-tarikh tertentu sahaja. Tanpa ibu bapa siapalah kita.
Jasa bapa kepada kita sangat tinggi dan besar nilainya… Pengorbanannya mendidik, membesarkan kita dengan penuh kasih sayang tak terbalas oleh kita….
Bagi mereka yang masih mempunyai bapa hargailah dan sayangilah mereka sementara mereka masih ada didunia ini…
Bagi yang telah ketiadaan bapa, panjatkanlah doa agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.
Kasihnya Ibu membawa ke syurga,
Kasihnya Ayah jalan ke syurga……….
Khas Buat KSS MPOB Kluang & Amnya buat mereka ,yang bergelar Bapa, Ayah, Abi,Papa atau Abah......walau apa jua panggilan mereka...
................................SELAMAT HARI BAPA.............................
Thank you, Dad...for listening and caring,for giving and sharing,But,Especially, for just being YOU!
Happy Father’s Day…….




