Thursday, June 18, 2009

Selamat Hari Bapa


Tarikh Hari Bapa adalah pada hari Ahad minggu ketiga bulan Jun pada setiap tahun, ini bermakna tahun ini jatuh pada 21 Jun 2009. Biasanya hari bapa kurang disambut berbanding hari ibu. Walau apapun, bapa perlulah sentiasa diingati sepanjang masa dan bukannya dikenang pada tarikh-tarikh tertentu sahaja. Tanpa ibu bapa siapalah kita.

Jasa bapa kepada kita sangat tinggi dan besar nilainya… Pengorbanannya mendidik, membesarkan kita dengan penuh kasih sayang tak terbalas oleh kita….
Bagi mereka yang masih mempunyai bapa hargailah dan sayangilah mereka sementara mereka masih ada didunia ini…

Bagi yang telah ketiadaan bapa, panjatkanlah doa agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.

Kasihnya Ibu membawa ke syurga,
Kasihnya Ayah jalan ke syurga……….

Khas Buat KSS MPOB Kluang & Amnya buat mereka ,yang bergelar Bapa, Ayah, Abi,Papa atau Abah......walau apa jua panggilan mereka...

................................SELAMAT HARI BAPA.............................


Thank you, Dad...for listening and caring,for giving and sharing,But,Especially, for just being YOU!
Happy Father’s Day…….

Monday, June 15, 2009

Calendar Activities KSS MPOB Kluang


Dari program Rekreasi & Pelancongan,KSS MPOB Kluang akan mengadakan program Perkhemahan Ke Teluk Sari,Mersing. Ianya akan di adakan pada 4 Julai hingga ke 5 Julai 2009.



Salah satu lagi activiti yang akan KSS MPOB Kluang sertai ialah Cabaran Mencandat Sotong di Pulau Kapas ,Terangganu.Ianya akan di sertai oleh Cik Nordiyana Ishak,sebagai ketua ,Pn.Salitah Mahmon dan Pn Saripah Rahman.Mereka akan menyertai Cabaran ini pada 3 Julai hingga 5 Julai 2009. Buat mereka,DO THE BEST LADIES & U GO GALS!!


Pulau Pangkor,Perak akan di kunjungi oleh Keluarga KSS MPOB Kluang seramai 38 orang.Mereka akan berada di sana pada 17 Julai hingga 19 Julai 2009.Activiti ini dianjurkan oleh Kelab Riadah.



Pada tanggal 21 Oktober hingga 24 Oktober 2009,KSS MPOB Kluang akan mengunjungi Sarawak.Ini adalah salah satu program Pelancongan.

Wednesday, June 10, 2009

Yang Berbahagia Datuk Dr.Mohd.Basri Wahid


Ketua Pengarah Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia dan juga Yang Di-Pertua KSS MPOB Kluang,Yang Berbahagia Datuk Dr.Mohd Basri Wahid,di antara 40 orang yang menerima Anugerah Panglima Jasa Negara (PJN).

Beliau telah menerima Anugerah PJN ini sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agung Tuanku Mizan Zainal pada 6 June 2009 di Kuala Lumpur.

KSS MPOB Kluang mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Dr.Mohd Basri Wahid, diatas Anugerah PJN ini.

KSS MPOB Kluang juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Dr.Choo Yuen May yang juga dari MPOB kerana menerima Anugerah PJN.

Sumber Dari: NYDP Encik Sulaiman & Mystar online

Monday, June 8, 2009

We did it!! We had won!!Congratulation Guys!!


Perlawanan Persahabatan antara Pasukan KSS MPOB Kluang telah bertemu dengan Pasukan Wisma Persekutuan Bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kluang yang telah diadakan pada 4 Jun 2009 di padang MPOB Kluang.KSS MPOB Kluang yang di ketuai oleh En Mohd Thany beserta dengan pemain - pemain yang lain seramai 20 orang.

Perlawanan pada petang itu yang bermula pada jam 5.30 petang dan di hadiri lebih kurang 50 orang.Wow!!! Satu pencapaiaan yang tidak diduga,ini lah yang dikatakan semangat pasukan...

Perlawanan persahabatan yang berlangsung begitu hebat sekali . Sorakkan demi sorakkan yang di dengari.....Kedua-dua pasukan begitu semangat dan berkobar-kobar ketika bermain...

KSS MPOB Kluang telah menjaringkan 3 Gol di separuh masa pertama berbanding dengan pasukan lawan yang menjaringkan 2 gol.Gol pertama di minit yang ke 11 dijaringkan oleh Mohd Asraf.Pasukan lawan juga membuat jaringan mereka yang pertama selepas itu. Semangat KSS Kluang begitu berkobar-kobar sehingga pada minit ke 21,gol kedua pula di jaringkan oleh Faiz Buang.Pihak lawan menyerikan perlawanan dengan jaringan gol kedua mereka,Hero KSS MPOB Kluang,Mohd Asraf telah menjaringkan gol ketiga diminit ke 26.

Di pembukaan separuh masa kedua pula pihak lawan telah menyerikan perlawanan lagi. Ini bermakna seri 3-3.Gol keempat pihak lawan tidak mematahkan semangat KSS MPOB Kluang. Mereka bangkit melalui "hat-trick" gol ketiga dari Mohd Asraf. Ini bermakna seri sekali lagi 4-4 .Nasib menyebelahi pihak kita,di minit terakhir gol yang di jaringkan oleh Rafizal telah menyelamatkan pasukan KSS MPOB Kluang.

Di akhir perlawanan persahabatan ini KSS MPOB Kluang menjuarai permainan ini. Mereka menang 5-4 dengan pasukan lawan.

Syabas dan tahniah sekali lagi KSS MPOB Kluang atas kemenangan ini.!! Ini membuatkan semangat KSS MPOB Kluang untuk mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan,..mungkin dengan KSS HQ pula....So apakata KSS HQ ..andai berminat sila lah berhubung dengan En Mohd Thany - Biro Bolasepak Kluang.

OLE ..OLE.. OLE ..OLE ..OLE..OLE...KSS KLUANG BOLEH !!!

Sumber Info dari En Mohd Thany
Gambar Dari Cik Nordiyanah

Wednesday, June 3, 2009

Perlawanan Persahabatan Bolasepak pada 21 Mei 2009

Satu perlawanan persahabatan di antara Pasukan KSS MPOB Kluang bertemu Pasukan Kampong Melayu Kluang.Perlawanan telah diadakan di Padang MPOB sendiri,bermula dari jam 5.30 petang dan diakhiri lebih kurang jam 6.45 petang (termasuk waktu cedera dan waktu rehat.)

Pasukan KSS MPOB Kluang yang di ketuai oleh En Mohd Thany beserta 20 pemainnya yang lain.

Perlawanan begitu rancak di separuh masa pertama.Gol pertama KSS MPOB Kluang telah di jaringkan oleh En Misran pada minit yang ke lima belas dan Gol kedua pula di jaringkan oleh Ketua Pasukan KSS MPOB Kluang,En Mohd Thany pada minit yang ke dua puluh.

Di separuh masa kedua pula,perlawanan agak lembab. Ini membuat Pasukan KMK mengambil kesempatan. Pasukan KMK telah menjaringkan tiga gol. Ini bermakna Pasukan KSS MPOB Kluang telah kalah di tangan lawan 2-3.

Walaupun tewas semangat KSS MPOB Kluang tidak runtuh kerana mereka akan mengadakan lagi satu perlawanan persahabatan pada Khamis 4 June 2009 pada jam 5.30 petang,di Padang MPOB.

Keep on going team!!!Let's us cheer for our team!!

Info data dari : En Mohd Thany

Thursday, May 28, 2009

Larian Bomba 2009 - 10 Mei 2009

KSS MPOB Kluang menyertai Larian Bomba 2009 pada tanggal 10 Mei 2009 yang di anjurkan oleh Bomba Wilayah Persekutuan. Acara ini diadakan sempena Hari Bomba Malaysia.KSS MPOB Kluang telah 4 tahun menyertai acara ini.

KSS MPOB Kluang di ketuai oleh En.Suzzliham Hamka.Peserta yang terlibat di acara ini ialah:

1) Suzzliham Hamka
2) Yusree Mohammad
3) Mohamad Suhaimi Ali
4) Mohd Faisal Taib
5) Mohd Thany Abd Samad
6) Mohd Shakirin Sahak
7) Mohd Asharuddin Azmi
8) Mohd FAis Buang
9) Fadhil Adnan
10) Akashah Jumri

Bertempat di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur,para peserta memulakan acara rasmi larian sejauh 10km.

Walaupun tiada memenangi sebarang hadiah,mereka berjaya melepasi had kelayakkan yang diberi 80 minit.Syabas dan Tahniah!!

Cabaran Gunung Lambak - 12 April 2009


Kelab Sukan & Sosial MPOB,Kluang menyertai Cabaran Gunung Lambak pada tanggal 12 April 2009 yang di anjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Majilis Pembandaran Kluang,Johor.

KSS MPOB Kluang yang di ketuai oleh En.Suzzliham Hamka.Acara ini juga disertai seramai 23 ahli yang lain .Mereka terdiri daripada:
1) Suzzliham Hamka
2) P. Adhimulum
3) Yusree Mohammad
4) Mohd Fadhil Adnan
5) A. Sugumaran
6) Sulaiman Yusuf
7) Rafizal Ramli
8) Jamal Kamat
9) Mohd Ariff Yatim
10) Mohd Thany Abd Samad
11) Azizah Harun
12) Noramanah Kosni
13) Nordiyana Ishak
14) Salitah Mahmud
15) Saripah Abd Rahman
16) Rosilah Wagiman
17) Rossitah Omar
18) Mohd Azlan Abd Majid
19) Mohd Safiullah Mohd Jamal
20) Noryati Mahri
21) Zarina Salleh
22) Akashah Jumri
23) Mohd Fais Buang

Walaupun KSS MPOB Kluang gagal memenangi sebarang hadiah di acara ini. Syabas!!Segunung tahniah di ucapkan kepada mereka yang berjaya sampai di Puncak Gunung Lambak.

Kategori Wanita Terbuka : Pn.Rosilah Wagiman dan Pn.Salitah Mahmud

Kategori Lelaki Terbuka: En.Yusree Mohd,En.Suzzliham Hamka,En.Mohd Azlan Abd Majid,En.Mohd Saifullah Md Jamal dan En.Fais Buang.

Kategori Veteran Wanita:Pn. Azizah Harun,Pn.Noramanah Kosni,Pn.Saripah Abd.Rahman dan Pn.Rossitah Omar.

Kategori Veteran Lelaki: En.P Adhimulum,En.Md Ariff Yatim,En.Mohd Thany Abd.Samad dan En.Sulaiman Yusuf.

Tahniah sekali lagi!!

Walaupun kecundang KSS MPOB Kluang masih lagi dapat mengecap hadiah cabutan bertuah dari pihak penganjur.

Barangan Elektrik - Pn. Azizah Harun

Adult Mountain Bike - Pn.Saripah Abd Rahman

Kesemua peserta KSS MPOB Kluang mendapat sijil penyertaan.