Thursday, September 10, 2009

Amalan Pada Malam-Malam Lailatul Qadar

Berikut ini dapat diamalkan pada malam lailatul qadar ( sebaiknya mulai tengah malam):

1. Sembahyang sunat wudu.

2. Sembahyang sunat hajat , berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.

3. Membaca al-Quran.

4. Istighfar: ASTAGHFIRULLAAHAL’AZHIIMA WA ATUUBU ILAIHI

5. Zikrullah:

LAA ILAAHA ILLALLAAH(U) ;
LAA ILAAHA ILLALLAAHU MUHAMMADAN(R)-RASUULULLAAH(I);
ALLAAHU AKBAR

6. Bertasbih:

SUB-HAANALLAAHI WAL-HAMDULILLAAHI WA LAA ILAAHA ILLALLAAHU WALLAAHU AKBAR, WA LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL’ALIYYIL’AZHIIM(I);
SUB-HAANALLAAHI WA BIHAMDIHI SUB-HAANALLAAHIL’AZHIIM(I);
SUB-HAANA RABBIYAL A’LAA

SUB-HAANA RABBIYAL’AZHIIMI WA BIHAMDIH(I)

7. Salawat:

ALLAAHUMMA SHALLI ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD

8. Sembahyang sunat Tahajjud.

9. Sembahyang sunat Tasbih.

Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar dipercayai akan terus dingin badannya karena dihampiri oleh para malaikat (sebentar saja). Hendaklah segera membaca:

ALLAAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN KARIIM (UN) TUHIBBUL’AFWA FA’FU ‘ANNII

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain.”

Dari Aisyah r.a bahwa dia mengatakan, aku bertanya: “Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:
ALLAAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN KARIIM (UN) TUHIBBUL’AFWA FA’FU ‘ANNII
Artinya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku.“


Wallahu'alam.. Semuga kita mendapat Kerahmatan dan Keberkatan Dari Yang ESA

Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Tak terasa waktu begitu cepat berlalu, tak terasa kita akan segera memasuki bulan Ramadhan. Ada yang menyambutnya dengan gembira kerana merasa ini adalah momentum terbaik bagi gugurnya dosa, meningkatnya harga pahala dan tersambungnya kembali jalinan silaturahim. Bulan penuh barakah, bulan penuh rahmat, bulan kembali kepada alquran dan ibadah. Seandainya setiap bulan adalah Ramadhan.

Di sisi lain ada juga sebahagian dari kita yang biasa-biasa saja menyambut Ramadhan, tidak ada yang istimewa. Padahal Rasulullah SAW, mengajarkan kita untuk berdoa agar bisa disampaikannya pada bulan Ramadhan. Ya Allah berkatilah kami di bulan Rajab, berkatilah kami di bulan Sya'ban dan izinkanlah kami untuk bertemu dengan bulan Ramadhan. Subhanallah, itulah keistimewaan Ramadhan sampai Rasulullah SAW meminta seperti itu. Kerana kita tidak tahu, apakah masih ada umur kita sampai ke bulan penuh berkah itu?

Dipenghujung Syabaan ini,kami pohon agar dimaafkan segala kesalahan agar kita bersama-sama dapat menikmati ibadah puasa kita dengan tenang.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..

Salam Ukhuwah Dari,
Keluarga KSS MPOB Kluang.

Sunday, August 2, 2009

Lawatan Ke Pulau Pangkor


Biro Rekreasi dan Pelancongan Kelab Sukan Dan Sosial MPOB Kluang telah mengadakan lawatan ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam, iaitu 17 hb hingga 19 Julai 2009.

Perjalanan telah dimulakan dengan menaiki bas MPOB daripada Stesen MPOB Kluang pada pukul 9.00 pagi pada 17 Julai 2009. Seramai 35 orang ahli KSS MPOB Kluang telah menyertai lawatan ini dan menginap di Teluk Dalam Resort Pulau Pangkor yang mengambil masa 20 minit perjalanan dengan menaiki feri dari jeti Lumut.

Pada 18 Julai, kami menghabiskan masa dengan melawat sekitar Pulai Pangkor dengan menaiki van yang disewa dengan kadar RM120.00 untuk selama 3 jam. Tempat yang kami lawati adalah kilang memprosess ikan dengan pelbagai produk makanan kering yang diperolehi daripada hasil tangkapan nelayan.

Selain itu kami dibawa menyusuri tembok China buatan dan melihat bangunan lama Kota Belanda. Selepas penat berjalan akhirnya kami mengambil kesempatan menjamu selera dan membeli-belah sebagai kenangan untuk dibawa pulang.


Pada 19hb kami pulang ke Stesen MPOB Kluang, yang mengambil masa selama 9 jam. Kami semua gembira dengan percutian ini kerana ia dapat menenangkan fikiran dan mendapat sedikit pengetahuan tentang Pulau Pangkor.


Monday, July 20, 2009

Hikmah di Bulan Sya'aban

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Untuk renungan bersama....

BULAN Sya'aban adalah antara bulan yang mulia di sisi Allah SWT.

• Ia adalah bulan yang membawa keberkatan.
• nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya.
• Baginda Rasulullah SAW banyak berpuasa sunat dalam bulan yang mulia ini.
• Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat dengan berganda. Ini kerana Nabi kita Muhammad saw meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah swt pada bulan yang agung ini.

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Nasaei dari Usamah bin Zaid ra berkata:
”Aku bertanya Rasulullah tentang bulan Syaaban kerana aku tidak pernah lihat baginda banyak berpuasa sunat sebagaimana beliau berpuasa dalam bulan Syaaban.Baginda menjawab: ”Bulan yang banyak manusia lalai dan padanya ialah bulan di antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan Sya'aban akan diangkatkan catatan amalan hamba kepada Allah swt. Dengan itu aku amatlah suka supaya diangkatkan amalanku ketika aku berpuasa.”

Sebenarnya amal ibadat hamba diangkat oleh malaikat tiap-tiap hari manakala amal ibadat bulan Syaaban ini bolehlah dikatakan laporan tahunan bagi amalan hamba.

Hadis ini menunjukkan bahawa ramai yang lalai dalam bulan Sya'aban ini. Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat seperti mana mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa beribadat kepada Allah SWT pada bulan Ramadhan. Ini kerana adat Jahiliyah dahulu orang Mekah lebih mengutamakan dan memuliakan bulan Rejab dan melupakan bulan Syaaban.

Di antara hikmah digalakkan banyak berpuasa sunat pada bulan Sya'aban ialah kerana selepasnya dituruti oleh bulan Ramadan yang diwajibkan berpuasa keseluruhannya. Dengan itu puasa pada bulan Sya'aban merupakan perintis dan latihan untuk membiasakan diri bagi menunaikan kewajipan puasa Ramadan sepenuhnya.

Berkenaan dengan kelebihan Nisfu Sya'aban iaitu malam pertengahan bulan Sya'aban pula kita boleh dapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Habban dalam kitab al-Sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Allah SWT melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya'aban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang yang menyebarkan fitnah.

Dalam hadis yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud: ”Allah SWT memandang kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya'aban, lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah.

Hadis-hadis ini menggambarkan kepada kita kelebihan bulan Sya'aban yang sungguh istimewa. Ibadat mesti digandakan sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah yang membanyakkan puasa sunat. Hadis tersebut juga menunjukkan bahawa Allah SWT sedia memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat.
Ibadat pada malam Nisfu Sya'aban:

Ibadat yang khusus dilakukan pada malam itu ialah:

1. Sembahyang lima waktu, sunat dan tahjud.

2. Membaca al-Quran. Kalau tidak boleh menghabiskan semuanya, sekurang-kurangnya membaca surah Yasin, al-Waqiah, al-Mulk, al-Insan, al-Hashr, al-Muzammil dan surah al-Mudathir.

3. Banyak beristighfar kepada Allah.

4. Bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma’thur.

Sebenarnya tidak ada doa khusus untuk dibacakan pada Nisfu Syaaban. Kita mesti ingat bahawa Allah swt sentiasa membuka pintu taubat bukan pada malam Nisfu Syaaban sahaja bahkan ia sentiasa terbuka waktu pagi dan petang, siang dan malam.

Peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban:

Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah:

• Peristiwa pertukaran kiblat. Allah SWT telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara’ bin Azib maksudnya: ”Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar. Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah.

Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ”Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ”Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

Hikmah : Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Sya'aban. Kebenaran daripada Allah SWT untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah SWTt Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Ka'abah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah SWT pada bulan Sya'aban.

Malam Nisfu Sya'aban

Malam 15 Sya'aban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Sya'aban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Sya'aban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

Doa Malam Nisfu Sya'aban

Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : “Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz.”

Walahu'alam

Tuesday, July 14, 2009

Manchester United tiba Jumaat ini

PEMINAT tempatan Manchester United disyorkan untuk menandakan tarikh 17 Julai pada kalendar mereka kerana juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dijangka tiba ke tanah air, Jumaat ini sempena Jelajah Asia 2009.

Bintang Red Devils itu, termasuk Wayne Rooney akan mengadakan sesi latihan terbuka pada hari sama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 5.30 petang (tertakluk pada perubahan).

Sesi ini terbuka kepada peminat yang memiliki pas latihan khas. Sekitar 50,000 peminat dijangka akan menghadiri sesi latihan itu

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents International Sdn Bhd, Julian Kam menggalakkan peminat untuk menghadirkan diri awal bagi sesi latihan itu.

United akan menentang skuad Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Tiket bagi perlawanan ini boleh dibeli menerusi Ticketpro Hotline 03-78807999. Tiket yang tinggal adalah dari kategori RM58. Semua tiket kategori lain habis dijual dengan hanya 15,000 tiket yang berbaki

Sumber ; Berita Harian

Friday, July 3, 2009

Malang Tidak Berbau

Jumaat 3/07/2009:

Seorang anggota KSS MPOB Kluang telah kerugian hampir RM60,000 apabila rumah beliau di 218 Jln Semangat 11, Taman Sri Lambak, Bandar T6, Kluang telah dipecah masuk oleh 5 orang perompak bertopeng pada awal jam 7.40 pagi tadi. En.Gunasekran A/L Kanan 52 tahun menyatakan beliau telah kehilangan barang kemas bernilai RM4,000, wang tunai sebanyak RM600 dan sebuah kereta Proton Waja JLM 8725 yang baru sahaja digunakan selama 4 bulan bernilai kira-kira RM52,000 telah lesap dilarikan perompak.

Isteri En.Gunasekran melaporkan bahawa kumpulan perompak yang disyaki berbangsa India telah memanjat pintu pagar utama yang berkunci sebelum memasuki rumah. Beliau tidak sempat berbuat apa-apa walaupun cuba berusaha mengunci pintu rumah kerana tindakan pantas perompak-perompak tersebut. Isteri beliau bersendirian semasa kejadian berlaku kerana ahli keluarga yang lain telah keluar bekerja. Isteri beliau juga telah di acukan dengan parang di leher dan diancam akan dicederakan oleh salah seorang perompak tersebut. Dalam sekelip mata sahaja rumah berselerak digeledah oleh perompak-perompak sebelum mereka melarikan diri.

Pihak AJK KSS MPOB Kluang melahirkan rasa sedih dan simpati kepada En. Gunasekran sekeluarga di atas peristiwa ini. Mungkin kita boleh mengambil iktibar diatas kejadian ini.‘So please don’t take things for granted and lightly’.

Adalah dinasihatkan kepada semua ahli-ahli KSS MPOB Kluang serta pembaca blog ini agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga memastikan keselamatan mereka sekeluarga dan harta benda terjamin dengan sentiasa mengunci pintu pagar dan rumah serta bersikap berhati-hati terhadap orang-orang yang tidak dikenali.


Sila hubungi pihak Polis sekiranya anda mempunyai maklumat berkenaan kes ini.

Monday, June 29, 2009

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar

Perlawanan persahabatan Bola Tampar Pasukan KSS MPOB Kluang dengan Pasukan Bola Tampar MPOB HQ telah diadakan pada Sabtu 27 jun 2009 kira -kira jam 5.30 petang di Gelanggang Bola Tampar MPOB HQ.

Seramai 8 pemain KSSMPOB Kluang terlibat dalam program ini iaitu En Razak Esa, En Mohd Suhaimi Ali,En Che Khairulnizam Che Suhaimi, En Muhd Safiullah Muha Jamal, En Shahrizal Abd Shukor, En Nor Affendi Sahak dan En Bakri Pileh.

Walaupun gelanggang basah,kerana telah dibasahi hujan beberapa jam yang lalu. Ini tidak mematahkan semangat perlawanan persahabatan ini.

Keputusan akhir perlawanan persahabatan ini telah dimenangi oleh KSS MPOB HQ. Pasukan KSS MPOB kecundang tipis dengan mata 2-3.

Set 1 : KSS HQ menang
Set 2 : KSS Kluang menang
Set 3 : KSS HQ menang
Set 4 : KSS Kluang menang
Set 5 : KSS HQ menang

Semuga dengan adanya perlawanan persahabatan ini dapat lagi mengeratkan tali silaturrahim diantara pemain dan meningkatkan mutu permainan.

Tahniah MPOB HQ dan syabas KSS MPOB Kluang.