Sunday, August 2, 2009

Lawatan Ke Pulau Pangkor


Biro Rekreasi dan Pelancongan Kelab Sukan Dan Sosial MPOB Kluang telah mengadakan lawatan ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam, iaitu 17 hb hingga 19 Julai 2009.

Perjalanan telah dimulakan dengan menaiki bas MPOB daripada Stesen MPOB Kluang pada pukul 9.00 pagi pada 17 Julai 2009. Seramai 35 orang ahli KSS MPOB Kluang telah menyertai lawatan ini dan menginap di Teluk Dalam Resort Pulau Pangkor yang mengambil masa 20 minit perjalanan dengan menaiki feri dari jeti Lumut.

Pada 18 Julai, kami menghabiskan masa dengan melawat sekitar Pulai Pangkor dengan menaiki van yang disewa dengan kadar RM120.00 untuk selama 3 jam. Tempat yang kami lawati adalah kilang memprosess ikan dengan pelbagai produk makanan kering yang diperolehi daripada hasil tangkapan nelayan.

Selain itu kami dibawa menyusuri tembok China buatan dan melihat bangunan lama Kota Belanda. Selepas penat berjalan akhirnya kami mengambil kesempatan menjamu selera dan membeli-belah sebagai kenangan untuk dibawa pulang.


Pada 19hb kami pulang ke Stesen MPOB Kluang, yang mengambil masa selama 9 jam. Kami semua gembira dengan percutian ini kerana ia dapat menenangkan fikiran dan mendapat sedikit pengetahuan tentang Pulau Pangkor.


2 comments:

Anonymous said...

Pulau Pangkor jauh ke tengah
Pekan Lumut masyhur namanya
hendak diukur tak cukup tanah
punyala jauh cukup terasa

xali alonso said...

tahniah kssm kluang.....