Friday, June 26, 2009

Majlis Jamuan Makan Kesyukuran


Alhamdulillah, salah seorang angota AJK Kecil KSS MPOB Kluang Pn. Noraini Salleh berhajat mengadakan sedikit jamuan makan kesyukuran berikutan kejayaan anak bungsu beliau En. Mohamad Faiz Mohd Hamdan yang baru-baru ini telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. En. Faiz akan mendaftar di UM pada Hari Isnin 29/06/2009 ini sabagai mahasiswa di jurusan undang-undang. Harapan kami semuga jadi Tuan Hakim ya... Faiz :-)


Majlis ringkas dan sederhana tersebut diadakan pada tengahari tadi 26/06/2009 sebelum Solat Jumaat di sudut rehat Makmal Analisis Tandan dan di hadiri lebih kurang 30 orang staff makmal/ladang.Ucapan dan nasihat turut diberikan dalam majlis tersebut. Faiz juga turut membacakan doa yang panjang dalam majlis tersebut…aminnnnn
Wah… rupa-rupanya 4 orang anak Kak Ani kesemuanya telah berjaya ke IPT dan di sini turut disenaraikan nama mereka sebagai motivasi kepada semua ibubapa untuk mendorong anak-anak mereka menempa kejayaan:

1) Faridah Mohd Hamdan - Kolej Yayasan Melaka
2) Faezah Mohd Hamdan - Universiti Tun Hussein Onn
3) Faradilla Mohd Hamdan - Universiti Islam Antarabangsa
4) Mohamad Faiz Mohd Hamdan - Universiti Malaya

Tahniah Kak Ani ….Tahniah Faiz.. semoga famili kakak senantiasa majujaya dan suksess selalu..aminnnn Uyooo lontong Kak Ani memang power….terima kasih daun keladi,kalau ada bawa lah lagi .....

Thursday, June 25, 2009

Perlawanan Persahabatan Badminton


Perlawanan Persahabatan Badminton antara KSS MPOB Kluang dengan Ladang Tabung Haji Kluang yang dianjurkan oleh Biro Badminton yang di terajui oleh En. Zamri Saim di atas pelawaan Kelab Sukan Ladang Tabung Haji.Acara ini di bahagi kepada dua bahagian,beregu wanita dan beregu lelaki. Perlawanan beregu wanita diadakan pada jam 4.30 petang manakala, beregu lelaki pula diadakan pada pukul 8.00 malam. Kesemua perlawanan bertempat di Dewan Ladang Tabung Haji Kluang.


Pasukan wanita telah menghantar 4 regu yang diketuai oleh Cik Nordiyanah Ishak.Pasukan wanita telah menghantar 4 regu .Keputusannya 2 regu menang dan 2 regu kalah.Sekalung tahniah buat Regu pertama yang dianggotai oleh Cik Nordiyana & Pn.Salitah dan Regu kedua pula yang dianggotai oleh Pn.Sharipah & Pn.Rosilah.

Manakala Pasukan lelaki pula telah menghantar 8 Regu . 2 Regu menang.4 seri dan 2 kalah.Sekalung tahniah juga buat yang berjaya iaitu En Azman Mahmood dan Bahisham Tamsil

Mini Marathon pada 20 June 2009

Pada 20 June 2009 satu pertandingan "Mini Marathon" telah berlangsung bermula seawal 9.00 pagi anjuran Biro Olahraga yang di ketuai oleh En.Suzzliham Hamka. Seramai 9 peserta yang menyertai pelarian ini.

Acara pelepasan peserta dilakukan oleh NYPD KSS MPOB Kluang En.Sulaiman A Mohd.Ali .Larian sejauh 4.1 km,kesemua peserta lelaki dan perempuan,berlari bermula dan berakhir di Bangunan Gen Bank dan mengeliling kawasan Tasik MARDI.



Juara Lelaki,En Sugumaran yang menamatkan larian dengan masa 18 minit 10 saat.








Juara wanita Puan Salitah Mahmood,yang menamatkan larian dengan masa 30 minit.





NYDP telah memberikan hadiah kepada pemenang-pemenang.



KSS MPOB Kluang amat berterimakasih pada Pengusaha Kantin En. Abbas Arshad dan isterinya Pn.Rossitah yang telah menaja hadiah untuk Juara Lelaki dan Wanita.



Terimakasih juga untuk 5 orang anggota Pasukan Pencegah Kebakaran dan Penyelamat MPOB Kluang telah hadir membantu melancarkan aktiviti yang dijalankan ini.

Wednesday, June 24, 2009

Kelebihan Bulan Rejab

Sama samalah kita ingat mengingati dan merenungi amalan amalan mulia yang penuh barakah ini……….

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 haribulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Tuesday, June 23, 2009

Pengumuman Dari NYDP,En.Sulaiman A Mohd Ali


Assalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh

Salam Hormat dan salam sejahtera khususnya kepada peminat-peminat yang melayari blog kami http://kssmpobkluang.blogspot.com .Saya sungguh berbesar hati, bila mendapati bilangan pelayar lelaman blog kami telah meningkat,walaupun baru berusia 1 bulan 26 hari, blog ini dan sudah ada seramai 1252 pengunjung yang telah melayari blog ini sehingga 20 Jun 2009.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua bloggers yang melayari blog kami ini serta pencetus idea (beberapa orang Ahli Jawatankuasa KSSMPOBK menyarankannya ketika melancong ke Kota Kinabalu) untuk mengwujudkan laman blog ini . Selain itu saya juga amat terhutang budi pada En.Hamizan Hj Omar dan isterinya Selina Hj Salleh kerana atas sumbangan tenaga serta kesudian mereka berdua untuk berkerjasama menyebabkan terbinanya Blog KSS MPOB Kluang dengan cemerlang.

Kepada blogger-blogger yang melayari laman blog ini diharapkan dapat memberi sumbangan idea-idea yang baik disamping teguran yang membina dari masa ke semasa. Saya juga akan memastikan agar laman blog ini sentiasa dikemas kini dengan memuat naik berita-berita aktiviti terkini. Dalam kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa dimana maklumat-maklumat yang terkini dapat disalurkan dengan segera kepada Pengendali laman Blog KSS MPOB Kluang (En.Hamizan Hj.Omar) atau email langsung ke kssmpob@hotmail.com.

Sekian.

Terima kasih.

Sulaiman A Mohd Ali
Naib Yang Di Pertua KSS MPOB Kluang

Monday, June 22, 2009

Juara Berganda Di Indonesia


EEI Hui (kiri) dan Pei Tty menggigit pingat emas juara selepas menewaskan Shu Cheng dan Yunlie.
Sahut cabaran BAM, ungguli final perseorangan, beregu Terbuka Indonesia

TEGURAN keras Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini menuntut pemain bangkit daripada keaiban Terbuka Singapura jelas tidak sia-sia apabila Lee Chong Wei dan pasangan beregu wanita negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty kembali menyelamatkan maruah tercalar itu.

Semalam, Chong Wei terus membuktikan nilainya selaku pemain nombor satu dunia dengan menewaskan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat dalam final perseorangan lelaki di Terbuka Indonesia dan Eei Hui-Pei Tty turut gah melakar gemilang di Jakarta buat menceriakan peminat tanah air.

Chong Wei yang tersingkir awal di Terbuka Singapura, minggu lalu menewaskan wira tempatan, Taufik 21-9, 21-14 dan mengulangi kejayaan dilakar pada 2007 di kejohanan sama manakala Eei Hui-Pei Tty yang juga berada di ranking pertama dunia mudah menundukkan beregu China, Cheng Shu-Zhao Yunlie, 21-16, 21-16.

“Saya gembira dapat memenangi gelaran ini. Sasaran berikut saya adalah untuk muncul juara di Kejohanan Dunia.”

“Lagi pun saya memang memburu kemenangan di sini dan datang dengan harapan mampu bermain baik bagi menebus kekecewaan di Singapura,” kata Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 selepas menerima piala dan hadiah wang tunai AS$18,750 (RM65,600).

Malah, gelaran Terbuka Indonesia dilihat hadiah bermakna Chong Wei kepada jurulatihnya, Misbun Sidek yang pulang ke ibu negara, Rabu lalu, selepas menemani isterinya menjalani rawatan di China. Ketiadaan ‘guru’ itu jelas memberi kesan terhadap aksinya di Terbuka Singapura.

Bagi Eei Hui-Pei Tty kejayaan ini adalah yang pertama buat beregu ini selepas muncul juara Siri Masters Akhir di Kota Kinabalu, enam bulan lalu dan gelaran siri super kedua selepas Terbuka Denmark, tahun lalu.

Sumber Oleh : Berita Harian

Thursday, June 18, 2009

Majlis Perpisahan En. Rahim Yusof


Pihak AJK KSS MPOB Kluang bebesar hati mengadakan satu majlis perpisahan dan makan tengahari untuk En. Rahim Yusof @ Rahim Misai yang mula bercuti sebulan bermula pada hari ini 18/06/2009 dan kemudian diikuti seterusnya dengan persaraan beliau sebagai staf MPOB.


Beliau telah berkhidmat dengan taat setia selama 34 tahun 6 bulan dan 1 hari sebagai seorang kakitangan kerajaan (Mardi dan MPOB). Pergh….lamanyerrrrrr .
Beliau juga merupakan salah seorang founder KSS MPOB Kluang pada 29 tahun yang lalu yang kini masih aktif hingga ke hari ini.

Salam perpisahan juga diiringi doa semoga beliau sentiasa sihat dan diperluaskan rezeki dalam apa bidang yang beliau ceburi selepas bersara. Dimaklumkan beliau akan mengusahakan sebuah restoran di Muar pada tahun 2010 .InsyaAllah.

NYDP En. Sulaiman Ali Mohd dan Pegawai Penyelidik En. Marhalil Marjuni telah sudi menyampaikan sedikit cenderahati sebagai kenang-kenangan kepada beliau.
Dalam ucapan ringkas dan beremosi NYDP juga sempat berpesan kepada En. Rahim agar silaturahim yang terbina baik selama ini janganlah sampai terputus dan sekiranya ada masa jengok-jengoklah kami di sini.