Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Kami keluarga KSS MPOB Kluang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.....

Untuk Renungan Bersama ....

AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji. Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri.


Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah. Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri." Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu 'syariat' seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing)." (Surah Al Maidah, ayat 48) Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.

Thursday, November 19, 2009

Perlawanan Bola Tampar Lelaki pada 14 Nov 2009


Perlawanan Bola Tampar Lelaki telah di adakan pada 14/11/2009 bermula 8.30pagi di Gelangang Bola Tampar Stesen MPOB Kluang.Sebanyak 4 pasukan telah menyertai pertandingan Bola Tampar Lelaki yang dianjurkan oleh Biro Bola tampar KSS MPOB Kluang.

Pasukan yang menyertai tersebut ialah:
a) Unit Breeding
b) Unit Pengurusan
c) Unit Tunas
d) Unit Agronomi

Pemain-pemain Unit Breeding dianggotai oleh Md Amin Abdullah,Bahisham Bachok,Rafizal Ramli,Sulaiman Suratin,Azman Mahmood,Sharizal Shukur,Che Azizi Che Razali dan Norazwan Ali.

Pemain-pemain dari Unit Tunas: Nor Khairul Nizam Che Suhaimi,Hashim Khalili,Md Alif Md Yatim,Md Saifullah,Amir Zul Fazli,Md Thany Samad,Md Firdaus dan Md Najib Shukur.

Pemain-pemain dari Unit Pengurusan pula: Razak Md Esa,Hazrey Mohuy,Bakri Pileh,P Rahman,Mazlan Aziz,JamaludinJahil,Suhaimi Ali dan Razak Atan.

Manakala pemain-pemain dari Unit Agronomi pula: Azman Suhot,Jamal Kamat,Fadil Adnan,
Yahya Salleh, Hj Abdul Rahman Fauzan,Md Faizal Taib, Hazrul Hisham Bunakir dan Shafiruz Hj. Saringat.

Diakhir perlawanan Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Johan: Unit Breeding
Naib Johan: Unit Tunas
Ketiga: Unit Pengurusan
Keempat: Unit Agronomi


Tahniah kepada kesemua pemenangan!

Monday, November 16, 2009

Aktiviti - aktiviti Sukan KSS Kluang November 2009

Aktiviti - aktiviti sukan yang akan diadakan di KSS MPOB Kluang. Jika anda berminat sila hubungi pengawai yang bertugas...

1. Perlawanan Bola Tampar lelaki pada 14/11/2009 bermula 8.30pagi di Gelangang Bola Tampar Stesen MPOB Kluang. Penyertaan dari Bahagian Pengurusan Kluang, Biologi Kluang, Agronomi Kluang, Tunas Kluang, Perlesenan Kluang, MPOB Tangkak dan MPOB Johor Baharu. Sila hubungi En. Razak Esa 013 7324724 atau Pegawai Sukan En. Suhaimi Ali 019 7732370.

2. Road Relay mengelilingi Kompleks Pejabat MPOB Kluang untuk Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka bermula jam 3.30 petang pada 25/11/2009 (Rabu) Ahli-ahli KSS MPOB Kluang (Stesen MPOB Kluang, MPOB Johor Baharu, Tunas dan MPOB Tangkak) yang berhasrat untuk menyertai boleh berhubung dengan En. Suzzliham Hamka 017 7477547 atau Pegawai Sukan En. Suhaimi Ali 019 7732370.

3. Bowling Terbuka lelaki dan wanita pada 21/11/2009 bermula 9.00pagi di Kluang Parade bayaran yuran penyertaan sebanyak RM15.00 perlu dijelaskan terlebih dahulu. Ahli-ahli KSS MPOB Kluang adalah dipelawa untuk menyertai acara tersebut iaitu dari MPOB Tangkah, Johor Baharu, Tunas, Perlesenan dan Stesen MPOB Kluang. Untuk bayaran penyertaan sila berhubung dengan En., Bahisham 013 7660035 atau Pegawai Sukan En. Suhaimi Ali 019 7732370.

4. Pasukan Fustal KSS MPOB Kluang akan menyertai JKING FUSTAL CHALLENGE JOHOR 2009 pada 22/11/2009 di Dewan REBLE FUSTAL INDOOR SOCCER Kluang. Yuran penyertaan ditaja oleh Abas catering iaitu pengusaha Kantin MPOB Kluang. Sila berhubung dengan pengurus pasukan En. Mohd Thany 019 7733491 atau Pegawai Sukan En. Suhaimi Ali 019 7732370

5. Mendaki Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan pada 18 hingga 20/12/2009 Semua ahli KSS MPOB Kluang boleh menyertai dan seisi pertama latihan mendaki akan diadakan pada 15/11/2009 bermula jam 7.00pagi iaitu mendaki Gunung Lambak Kluang, yang berminat boleh menyertai. Sila hubungi Pn. Siti Zuridah Baharon 019 7733491 dan pembantunya En. Yusree Mohammad 017 7913414.

Administrator : Yok!! Marilah kita beramai- ramai beri sokongan dan dorongan... Sokongan moral anda amat di perlukan ...

Wednesday, November 4, 2009

Biro Sukan

KSSM akan menganjurkan 'KEJOHANAN SUKAN ANTARA BAHAGIAN MPOB 2009/2010 - BAGI MEREBUT PIALA PUSINGAN KETUA PENGARAH' bermula pada bulan Disember nanti.
Kejohanan ini adalah kejohanan sukan yang melibatkan semua bahagian yang terdapat didalam MPOB tidak kira di HQ atau stesen-stesen dan cawangan.
Kejohanan ini akan berlangsung bermula pada Disember hingga April 2010.
Chef de Mission setiap bahagian adalah seperti berikut:

TMKK:
- Cik Hjh. Norhayati Md. Fahimy
- En. Zamri Samsuri

ADMIN:
- En. Mohamed Osman
- En. Zulkefli Mansor

BIOLOGI:
- Cik Hjh. Azizah Mokri
- En. Erhan Abd Hak

IRED:
- Pn. Aziani Tulos
- En. Nor Azman Mohd Said

BEPI:
- En. Mohd Jusoh Hj. Rukawi
- En. Mohd Ayatollah Khomeini Ab. Rahman

P&P:
- En. Zainal Abidin Hj. Aris
- En. Erawan Adon

PDAS:
- En. Mohamad Roddy Ramli
- Dr. Nuzul Amri

E&P:
- En. Iskandar Shah Hamzah
- En. Zakaria Ahmad

AOTD:
- En. Rosli Yahya
- Cik Nik Siti Mariam Nek Mat Din

Acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:

Bolasepak
Bola Tampar
Bola Jaring
Bowling
Badminton
Futsal Lelaki
Futsal Wanita
Pingpong
Sepak Takraw
Dart
Karom
Road Relay
Dam Aji
Tenis
Snooker
Skuasy
Tarik Tali
Kepada sesiapa yg berminat untuk menyertai acara yg dipertandingkan dan mengharumkan nama bahagian masing-masing, boleh menghubungi Chef de Mission bahagian masing-masing.
Diharapkan, semua kakitangan di setiap bahagian dapat menyertai sukan ini dan juga dapat memberi sokongan kepada wakil-wakil bahagian masing-masing semasa kejohanan berlangsung.


"BERSAMA MEMAJUKAN SUKAN UNTUK MPOB"

Administrator : Yok KSS MPOB Kluang bersama kita serta dalam acara ini...... Bersatu kita teguh .... Tunjukkan lah kemahiran anda .. Kami senantiasa memberi sokongan dan dorongan.. Hip..hip.. Horray!!!
Di petik dari blog KSS MPOB HQ

Wednesday, October 28, 2009

Lawatan Ke Sarawak dari 21 Oktober hingga 24 Oktober 2009


Disini saya cerita sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan ini.

Penerbangan ke Kuching selama 1 jam 210 minit menaiki kapal terbang Air Asia pada 21 Oktober 2009. Seramai 8 orang terdiri daripada:-

1. En. Sulaiman A. Ali Mohd
2. Cik Nordiyana Ishak
3. Pn. Sharipah A. Rahman
4. Pn. Norani Salleh
5. Pn. Rajeswary
6. Pn. Siti Noraiah Sudaip
7. Pn. Salitah Mahmod
8. Kak Indah ( anak Mak Nor )

Dalam kegugupan menaiki pesawat, akhirnya kami selamat mendarat di Kuching International Airport pada pukul 8 mlm. Indah sungguh panorama Bandar Kuching pada waktu malam. Disinari cahaya lampu jelas kelihatan dari ruang udara bandar Kuching. Setibanya di situ, kami dijemput oleh Saudara Ravi, tuan punya kereta sewa yang kami bandar Kuching. Setibanya di situ, kami dijemput oleh Saudara Ravi, tuan punya kereta sewa yang kami charter sepanjang 4 hari 3 malam di Kuching. Kami sepakat untuk mencari kedai makan sebelum 'check-in' di Somerset Gateway lantaran perut yang sudah berkeroncong. Di Kuching ini terkenal dengan mee kolok...apa rasanya???? itu kena tanya dengan En. Sulaiman. Selesai menjamu selera, kami terus ke Somerset Gateway untuk melepaskan lelah. Walaupun berlaku sedikit kekeliruan apartment, akhirnya dapat jua kami melabuhkan badan di atas katil empuk......apa lagi, tido la........................


Selesai sarapan pagi di kafetaria Somerset Gateway, kami dijemput oleh En. Gulongan kerana En. Ravi tidak dapat mengambil kami kerana ada kematian di kampung beliau. Nama manjanya Longan, mudah, ringkas dan padat. Destinasi pertama adalah Kampung Budaya SArawak. Kampung Budaya ini juga dikenali dengan nama Muzium Hidup yang terbesar. Disini terhimpun kesemua adat dan budaya setiap kaum pribumi Sarawak iaitu, Melanau, Iban, Penan dan banyak lagi. Penat berjalan kerana kawasan yang luas dan tidak terlepas dari turun naik tangga. Fuhyooo.. ........penat sungguh kerana dengan melawat Kg Budaya ini, sama seperti kami melawat seluruh Negeri Sarawak. Kira 'short-cut' la.....apa yang menariknya, setiap seorang diberi buku passport. Tujuannya, sebagai guide dan ringkasan apa yang terdapat di Kg Budaya ini serta setiap rumah yang kami kunjungi akan disediakan ruangan untuk mengecop di buku tersebut. Salah satu lagi tarikan di Kg Budaya ini, setiap jam 11.30 pagi hingga 12.15 tgh, pengunjung akan disajikan dengan persembahan kebudayaan semua kaum di Sarawak. Seronok sekali dengan persembahan mereka yang ada kalanya mencuit hati.
Kira-kira jam 12.30 tgh, kami bergerak ke Santubong Resort ( hanya untuk bergambar )

So kami terus ke Serapi Corner untuk makan tengahari memandangkan ada yang kelaparan....Namun sedih rasanya bila sampai di kedai, yang ada hanya Nasi Ayam. Lauk- pauk semua dah habis........untuk mengelakkan sakit perut dan mabuk, kami makan juga disitu. Blurppp ......kenyang!!!
Sejurus selepas makan, En. Longan mengajak kami ke kilang membuat pasu Sarawak. Wah....boleh juling biji mata bila dikelilingi dengan pasu- pasu berukir yang indah-indah. Lama juga kami disitu. Wah.....Auntie Rajes borong pasu........mana taknya......, 1 kotak besar dia beli...!!

Kemudian kami ke satu kedai 2 tingkat. Nama kedai.....oops...tak ingatla!!Terdapat banyak produk-produk keluaran Sarawak dijual disitu. Ramai juga la yang shopping di situ cuma ada jua produk yang harganya agak tinggi berbanding di tempatr lain. Dari situ kami ke kedai menjual gelang-gelangan di Kuching Waterfront. Boleh rambang mata kat kedai ni...kalau boleh, semua nak dibeli....itulah nafsu namanya.......

Hasrat nak naik feri menyusuri Sg Sarawak sambil melihat matahari terbenam terpaksa kami benamkan kerana tiketnya RM 55 seorang....melepas...... Selepas itu, kami ke deretan kedai menjual cenderahati di sepanjang jalan. Ada yang borong t-shirt, yang borong pedang, ada juga yang borong senduk..... ...ye la 7 batang RM 10.00 rugi tak beli......

Walau bagaimana pun kami berasa seronok sekali berada di sana... InsyaAllah jika ada kesempatan boleh lah kita singgah lagi..

Sumber info & foto dari : Cik Nordiana

Terima Kasih

Alhamdullilah,syukur kehadrat Illahi,saya rasa amat gembira melihat ramai yang memberikan "commento" anda. Terima kasih kerana sudi melayari blog KSS MPOB Kluang.

Semuga lelaman blog ini sama ada di lelaman Comment ataupun Chatter's Corner akan dapat mengeratkan lagi siratulrahim antara kita.

Semua kata-kata dan commento anda di ambil kira.. Akan kami perbaiki blog ini dari masa kesemasa... Saya mengalu-alukan saranan anda .Sila email kepada kami di alamat kssmpob@hotmail.com


Salam dari Singapura
Selina Hj Salleh

Monday, October 19, 2009

Rumah Terbuka MPOB sempena Hari Raya Aidil Fitri


KSSMPOB Kluang bebesar hati menjadi hos pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Stesen MPOB Kluang 09. Pihak Kesatuan Kakitangan Am dan Persatuan Kebajikan Islam turut sama bekerjasama meraikan majlis tersebut. Majlis bermula tepat jam 11.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.

Gamitan suara nasyid En. Zailan Mohd Dahlan dan En. Abd. Rahman Wahid berkumandang mendayu-dayu menerusi pembesar suara. Para tetamu berdiri beramai-ramai melontarkan suara memecahkan keheningan pagi. Marhaban dilagukan dengan penuh semangat dan keinsafan. Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Setelah selesai bermarhaban, doa selamat yang diselang dengan Bahasa Melayu yang indah dibacakan sahdu oleh En. Zailan demi kesejahteraan kita semua.

Barisan tetamu seperti perajurit di medan perang bersuara padu mengaminkan.
Ucapan Selamat Hari Raya oleh NYDP En. Sulaiman dan pihak-pihak tertentu turut menyerikan majlis. Tetamu duduk selesa di bawah khemah tekun mendengarkan amanat En.Marhalil Marjuni yang berucap bagi bagi pihak Ketua Stesen.
Bagi pihak Persatuan Kebajikan Islam, En. Hafizal Halim menyampaikan cenderahati dan sepatah dua kata kepada Puan Napsiah Omar yang akan berangkat menunaikan haji pada tahun ini.
Kira-kira 300 orang kakitangan dan termasuk tetamu jemputan hadir bagi menjayakan majlis ini.
Seperti biasa Chef En. Abas dan isterinya bertanggung jawab memasak dan menyediakan juadah serta hidangan, pelbagai masakan enak dari briani kambing , murtabak, cendol sehingga ke kuih pelita turut disajikan untuk tetamu. Para tetamu berbaris panjang memilih masakan kegemaran masing-masing untuk santapan tengahari.
DJ Ahamad Hasanar tidak ketinggalan menyumbangkan kepakaran beliau menyediakan kemudahan Sistem Karaoke untuk hiburan tetamu. Penyanyi-penyanyi akedemi MPOB Kluang berebut-rebut menyumbangkan suara yang memukau perasaan. Boleh dikatakan majlis sambutan kali ini disambut dengan meriah.