Wednesday, March 17, 2010

Carta Organisasi PDBK 2009 & Senarai Pasukan 2010


Ini adalah senarai Carta Organisasi PDBK 2009 dan senarai Pasukan 2010 .

PENGERUSI
EN. Faisal Wong Abdullah

UNIT PEMILIHAN
KETUA PANEL - EN. Abdul Halim Md Dom
EN. T. Rajendra
EN. G. Ramesh
EN. Abdullah Musi Jasman
EN. R. Perumal
EN. Che Zulkifli CHe Kop

UNIT LATIHAN
KETUA UNIT - TN. HJ. Kamat Mohamed (JURULATIH)
EN. Zulbahrine Talib
EN. G. Ramachandran

UNIT PEMBANGUNAN
KETUA UNIT - EN. Mohd Zam Mohd Samuri
EN. Che Zulkifli Che Kop
EN. K. Somasundram
EN. Abdullah Musi Jasman
EN. Muhd Fuzi Zainal Abidin

CARTA ORGANISASI PERSATUAN BOLASEPAK DAERAH KLUANG 2009

YANG DI PERTUA
TN. HJ. Abdul Razak Md Salleh

NAIB YANG DI PERTUA
TN. HJ. M. Ariff Kataman

TIMBALAN YANG DI PERTUA
EN. Norsyazlan A Razak

SETIAUSAHA
TN. HJ. Ali Yacob

PENOLONG SETIAUSAHA
EN. Muhammad Firdaus Ismail

BENDAHARI KEHORMAT
EN. Sulaiman Ali Mohd


PENYELARAS PENGADIL
EN. Peter Thomas

AHLIJAWATANKUASA

EN. Faisal Wong Abdullah
EN. Muhammad Firdaus Ismail
EN. T. Rajendra
EN. Abdul Majid Ali
EN. Abdul Halim Md Dom
EN. Samsul Harul Anuar

AHLIJAWATANKUASA KECIL

PERTANDINGAN
EN. S. Mohan
EN. Somasundram
EN. Adul Halim Md Dom
EN. T. Rajendran
EN. S. Vasu

TATATERTIB
TN. HJ. M. Ariff Karaman

PEMILIHAN, LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
EN. Faisal Wong Abdullah
EN. Abdul Halim Md Dom
EN. T. Rajendran
EN. Abdullah Musi Jasman
EN. R. Perumal
EN. CHe Zulkifli Che Kop
EN. Ramesh Ganggatharan

LEMBAGA PENGADIL
EN. Norhalim Md Dom

KEWANGAN
TN. HJ. Abdul Razak Md Salleh
EN. Norsyazlan A Razak
TN. HJ. Ariff Kataman
EN. Sulaiman Ali Mohd

RAYUAN
TN. HJ. ABDUL RAZAK MD. SALLEH

UNDANG-UNDANG
EN. Norsyazlan A Razak


SENARAI PASUKAN BOLASEPAK DAERAH KLUANG 2010


PASUKAN AHLI GABUNGAN PBDK
1. KBBT LIANG SENG
2. KBBT DORSET
3. KBBT KEMPAS
4. KBBT RENGGAM
5. KBBT KAHANG
6. MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
7. KLUANG INDIANS
8. BELIA MAHKOTA
9. BELIA BANDAR BERSATU
10. PERSATUAN PENGADIL KLUANG
11. HOSPITAL KLUANG
12. PERSATUAN MELAYU KLUANG
13. FEDERAL F.C
14. PERSATUAN BELIA MELAYU KLUANG
15. PERSATUAN BINA SUKAN UMNO KLUANG
16. KELAB SUKAN JKR
17. BELIA FELDA AIR HITAM
18. TNB KLUANG
19. MPOB KLUANG
20. IKEM
21. PENJARA SIMPANG RENGGAM
22. PENJARA KLUANG
23. IKWAS (INTAN)
24. PEJABAT DAERAH KLUANG
25. POLIS KLUANG
26. PSKPP
27. MARDI
28. STANLEY ROVERS
29. INSTITUT HAIWAN KLUANG
30. KRT KLUANG

Info & gambar : http://pbdkdev.blogspot.com/

Wednesday, March 10, 2010

Info - Hoki


Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakan negara di seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di negara yang mana hoki ais tidak begitu menonjol, jenis hoki yang dimain di dalam padang rumput dikenali dengan mudah sebagai "hoki", sementara di negara yang mempunyai hoki ais, sukan itu dikenali sebagai hoki padang. Adalah dipercayai nama hoki berasal daripada bahasa Perancis, iaitu "hoquet", yang kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi "hockey".

Sejarah Hoki di Malaysia
Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad lebih, barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini.
Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.

Sumber Info: Wikipedia

Tuesday, March 2, 2010

Info Sukan - Squash


Skuasy ialah satu sukan beraket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai "Squash Rackets", satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa Inggeris: squashable), digunakan dalam perlawanan skuasy.
Permainan ini dimainkan oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa empat pemain bagi beregu) dengan raket 'piawai' dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan berongga.
Sejarahwan skuasy menyatakan bahawa permainan ini berasal dari Harrow School pada kurun ke-19, hanya di luar London, England, sebagai satu penambahan raket. Pembinaan gelanggang yang pertama direkodkan seperti di Harrow dalam tahun 1860-an. Kemungkinan bahawa gelanggang skuasy awal telah dibina di Harrow oleh satu gelanggang dengan membahagikan dewan gelanggang raket, yang mana merupakan lebih tepat lagi sama seperti tiga saiz gelanggang skuasy Sepanyol (untuk membenarkan lebih banyak pemain bermain di dalam gelanggang pada masa yang sama).
Permainan umumnya kekal sebagai pertandingan peringkat sekolah-sekolah dan universiti-universiti sehinggalah awal abad ke-20, yang mana masa itu sukan ini menjadi popular dalam kelab-kelab persendirian (seperti RAC di London) dan dengan pegawai-pegawai dalam angkatan tentera British.
Gelanggang Skuasy Perseorangan Antarabangsa, seperti yang dispesifikasikan oleh Persekutuan Skuasy Sedunia .AS menjadi negara pertama untuk membentuk sebuah persatuan yang berdedikasi dan mengkodifikasikan permainannya pada tahun 1907. Pada tahun yang sama, Persatuan Tenis dan Raket (British) metubuhkan satu jawatankuasa kecil skuasy untuk mentadbir permainan, yang menjadi secara progresif dikanunkan semasa tahun 1920-an. Kemudiannya, Persatuan Raket Skuasy (British) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran permainan dalam 1928. Sukan ini sekarang ditadbir oleh WSF (Persekutuan Skuasy Dunia). Permainan profesional lelaki diuruskan oleh PSA (Persatuan Skuasy Profesional) dan wanita oleh WISPA (Persatuan Pemain Skuasy Antarabangsa Wanita).
Skuasy berterusan hampir secara eksklusif permainan bagi kelas pertengahan atas dan / atau kelas atasan sehingga sekitar tahun 1950-an, apabila pengendali-pengendali komersial mula membina gelanggang untuk orang awam. Permainan ini menjadi terkenal, dengan penyertaan memuncak sekitar awal tahun 80-an. Walaupun berlaku kemerosotan dalam bilangan pemain membilang, permainan ini popular di kebanyakan tempat, terutama Australia, barat laut Eropah, Amerika Utara dan Asia (terutamanya selatan dan tenggara).
Di tahap elit, permainan dibahagi di antara pemain-pemain amatur dan pemain profesional, yang mana jurulatih-jurulatih sering diambil bekerja oleh kelab-kelab yang eksklusif.

Info berita : wikipedia

Tuesday, February 23, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Tahun ini 12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi SAW yang jatuh pada hari Jumaat 26 February 2010. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Sumber Oleh: Wikipidea

Wednesday, February 17, 2010

Info Sukan -- Ten Pin Bowling


Bowling sepuluh pin atau ten-pin bowling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik (polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin.

Lorong boling tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 buah longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6 m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12 m) untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang seberat di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg).

Permainan ini berasal dari permainan "skittle" dan sangat popular di Eropah dan AS. Kini pemain-pemain dari Asia Tenggara telah maju dalam permainan ini dan ramai juga yang bergelar juara dunia. Di Sukan Asia tahun 2006, emas Malaysia banyak disumbangi oleh pasukan ten pin bowling.

Sumber info: Wikipedia Bahasa Melayu

Monday, February 8, 2010

Info Futsal


Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.
Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

Sumber info: Wikipedia Bahasa Melayu

Wednesday, January 27, 2010

LIGA PERDANA ENGLAND

Arsenal dan Chelsea hadapi pertarungan genting

LONDON: Pertarungan merebut kejuaraan Liga Perdana England memasuki tahap penentuan hari ini dengan Arsenal dan Chelsea turun ke padang dengan harapan menumbangkan Manchester United daripada tangga atas.

United merampas persada liga pada hujung minggu lalu dengan ketajaman Wayne Rooney yang membantunya menumpaskan Hull City 4-0.

Bagaimanapun, Arsenal akan menduduki semula puncak liga ini jika ia memungut tiga mata daripada kunjungannya ke Aston Villa - pasukan yang turut memburu kedudukan empat tangga teratas liga.

Chelsea, yang jumlah matanya sama dengan Arsenal tetapi mempunyai satu perlawanan dalam tangan, menyambut kunjungan Birmingham City, yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan rekod 15 perlawanan tanpa kalah dalam pelbagai pertandingan.

Jadual hari ini turut menyaksikan Blackburn Rovers menjadi tuan rumah kepada jirannya, Wigan Athletic, di mana kedua-duanya sedang berjuang mengelakkan diri daripada diturunkan.

Everton pula berharap dapat bangkit selepas tersingkir daripada Piala FA di tangan Birmingham apabila menentang pasukan pimpinan Steve Bruce, Sunderland.

Dengan Manchester United bertandang ke Stadium Emirates Ahad ini, Arsenal perlu bangkit di Villa Park. Selepas melayani kunjungan United, anak didik Arsene Wenger akan berdepan pula dengan dua lagi perlawanan sukar menentang Chelsea dan Liverpool.

Menyedari jadual perlawanan mendatang yang sukar ini, Wenger telah membuat sembilan pertukaran daripada pasukan yang menewaskan Bolton minggu lalu tetapi keputusan itu membawa padah apabila mereka kecundang 1-3 di Stoke City dalam perlawanan Piala FA hujung minggu lalu.

Ketiadaan pemain seperti William Gallas amat dirasakan dan menjejas kemantapan bentengnya meskipun dengan penampilan semula bekas pemain pertahanan England, Sol Campbell, yang prestasinya jauh daripada yang diharapkan.

Wenger percaya kekalahan tersebut akan menguatkan lagi semangat anak buahnya untuk kembali bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana yang kali terakhir dimenanginya pada 2004.

'Saya tidak kesal dengan pemilihan pasukan kerana saya tidak mempunyai banyak pilihan,' jelas jurulatih asal Perancis itu.

'Bacary Sagna, Thomas Vermaelen dan Gael Clichy tidak dapat bermain dan saya fikir keseluruhan permainan Sol Campbell adalah baik.'

Gallas dijangka kembali mengukuhkan benteng Arsenal dan begitu juga dengan beberapa tunggak yang lain.

Pemain pertahanan Birmingham, Roger Johnson, akan memenuhi impian hidupnya apabila bermain buat pertama kalinya menentang Chelsea.

Bekas pemain Cardiff ini dibesarkan sebagai penyokong Chelsea dan sedang beliau berusaha menjejas kempen mereka, beliau tetap menjangka pasukan pimpinan Carlo Ancelotti akan menjulang kejuaraan.

'Saya fikir mereka akan memenangi kejuaraan liga ini. Mereka lebih baik berbanding pasukan-pasukan lain musim ini. Manchester United tidak segagah musim-musim sebelumnya dan Arsenal baru mula menunjukkan kegagahannya.'

Sumber dari : Berita Harian