Monday, July 26, 2010

Laporan Biro Sepak Takraw


Dalam hujan-hujan beginipun semangat sukan tetap membakar semangat para pemain untuk turun padang. Walaupun hanya 3 pasukan berentap itu sudah baik sebab yang turun semua otai-otai sepaktakraw KSSMPOB Kluang. Kalau setakat nak rentap dengan pasukan ternama Johor Bahru rasanya tak lari lagi sebab kita pun mempunyai pemain yang handal seperti En. Razak Isa. Ada brani ka .

Pemain-pemain dan pemenang terdiri daripada:

Juara:
Kumpulan Extreme Kicks
1) Azman Mahmood
2) Mohd. Thani Samad
3) Noraffendi Sahak

Kedua:
Kumpulan Lang Buana
1) Abd. Hadi Md. Said
2) Bachesham Bacok
3) Mohd. Najib Syukor

Ketiga:
Kumpulan Laksamana Hang Tuah :
1) Razak Md. Isa
2) Mazlan Aziz
3) Alias Aman

Kategori menimbang bola Takraw dimenangi oleh:

Pertama:
Razak Md. Isa

Kedua:
Abd. Hadi Md. Said

Ketiga:
Noraffendi Sahak

Hah itulah dia keputusan penuh pertandingan Sepak Takraw yang di adakan pada 10 Julai 2010 lalu. Lain kali datanglah beramai dan bertanding baru happening, kalah tolak tepi yang penting heppi 

Monday, July 5, 2010

Salam Takziah buat NYDP Sekeluarga

Innalillahi wa inalillahi rojiun. Kami warga MPOB Kluang khususnya dan MPOB umumnya mengucapkan takziah kepada NYDP En. Sulaiman A. Ali Mohammad yang kehilangan ayahanda yang dikasihi pada dinihari Khamis 29 Jun 2010. Semoga roh ayahanda beliau dicucuri rahmat Nya dan kini berada dikalangan orang-orang yang soleh serta di ampunkan akan segala dosa-dosanya oleh Allah S.W.T
Ironinya adik perempuan kepada Allahyarham Ali Mohammad Alwi, Pn. Fatimah Alwi juga kembali ke Rahmatullah 2 hari kemudian iaitu pada 1 July 2010. Dua kehilangan besar di dalam keluarga NYDP adalah sesuatu yang amat sukar untuk di terima, bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sesungguhnya ajal, maut dan jodoh pertemuan itu di tangan Allah SWT. Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali.
Kepada En. Sulaiman sekeluarga semuga sabar,tabah dan redha dengan ketentuan Ilahi.Semuga anda sekeluarga tabah menghadapi masa-masa yang sukar ini dan kami di sini juga turut sama berduka cita bersama-sama.

Wednesday, June 9, 2010

Volleyball Oh Volleyball


Perlawanan persahabatan antara Pasukan Volleyball KSSMPOB Kluang dengan Pasukan PPK Rengit Batu Pahat berlangsung pada 5 June 2010. Keakraban silaturahim terjalin erat dengan kemeriahan sorakan penonton dengan seli usikan-usikan yang melucukan dan disusuli oleh gelak ketawa. Cuaca terik sekali sehingga air oren setempayan yang disediakan oleh En. Abas hampir kering.



Perlawanan yang hebat ini berlangsung hingga ke set penentuan. Semangat kesukanan yang di pamerkan oleh kedua-dua pasukan adalah tinggi, inilah yang penting Selepas berjuang bersungguh-sunguh hanya nasib tidak menyebelahi kita pada kali ini. Begitulah adat permainan ada yang kalah dan ada yang menang. Kalau kalah melawan tak pa…orang puashati….(betul tak Jak…terima kasih di atas laporan anda)

Pemain KSSMPOB Kluang:
1) Razak Isa - Ketua Pasukan
2) Muhammad Saifullah
3) Hashim Khalidi
4) Hazrey Mokrey
5) Mohd. Thani
6) Ahmad Firdaus
7) Mohd. Najib Syukor
8) Firdaus Saringat

Keputusan Perlawanan:
Set pertama: 19 - 25
Set kedua: 25 - 20
Set ketiga: 25 - 16



Wednesday, June 2, 2010

KIOS LEMAN_ROTI JOHN POWER SPECIAL


Kios Leman_Roti John Power Special telah dibuka 1 Jun 2010.

Alhamdulillah seorang lagi usahawan kecil muncul di celah-celah tokoh-tokoh koporat besar. En Sulaiman Yusof empunya nama, mengusahakan perniagaan makanan segera Roti John Power yang istimewa. Kita percaya sesungguhnya langkah yang besar itu bermula daripada satu langkah kerdil yang pertama.

Wartawan kita aPEk telahpun mencuba resepi beliau malam tadi dan aPEk sangat sukakannya, ‘Boleh makan, roti manyak lembut dan inti sedap, gelenti puas hati’ ujar aPEk. Menurut aPEk lagi roti lembut yang hebat itu dihasilkan oleh anak bumiputra sendiri, hasil tangan orang tempatan Kluang dan inti daging juga daripada jenama bumiputra yang terkenal.

Kios Roti John Istimewa beliau berada di:
Lokasi: Jalan Lingkaran (sila rujuk gambar)
Waktu berniaga: 7.30 malam sehingga 11.00 malamHarga: 2 pilihan: RM1.50/regular dan
RM3.00/jumbo (besar 1 kaki panjang wooh….)


Kepada semua warga MPOB khususnya, jemputlah menikmati Roti John Power special yang di hasilkan oleh En. Leman kita ni…lagipun beliau pun salah seorang daripada ahli kelab…kalau tak kita yang sokong siapa lagi kan. Yang penting Roti John Power Special ni memang sedap dan kebersihan memang dititik beratkan oleh rakan kita ni, gerenti tak malu nak rekomen pada member-member lain. Masih tak percaya lagi?..ermmm anda bolehlah cuba, hargapun murah dan sedap…tunggu apalagi jom serbuuuuu…..

Bagi pembaca blog yang dihormati (buat permulaan biarlah sekitar Kluang sahaja dulu), sekiranya anda berhajat membuat tempahan Roti John Special beliau, bolehlah menghubungi beliau di no. HP: 013-7171420.

Tuesday, June 1, 2010

Lapuran Mesyuarat Agong yang ke 30 Tahun


Kelab Sukan Dan Sosial MPOB Kluang telah mengadakan mesyuarat Agung tahunan yang ke 30 pada 27 Mei 2010 pukul 2.30 petang di ruangan kantin MPOB Kluang dengan kehadiran seramai 117 orang ahli.

Mesyuarat Agong kali ini telah dirasmikan oleh wakil Ketua Stesyen iaitu En. Norli Ismail (Pengurus Ladang Stesen MPOB Kluang).

Mesyuarat telah dapat dijalankan dengan jayanya dengan pembentangan minit mesyuarat, penyata kewangan, laporan biro-biro sukan, penyampaian cenderahati, sijil dan hadiah-hadiah pertandingan sukan.

Mesyuarat telah diakhiri dengan jamuan ringan pada pukul 4.00 petang.

Monday, May 24, 2010

Mesyuarat Agong Tahunan ke 30

Di sini kami ingin menjemput semua ahli untuk hadir di Mesyuarat Agong Tahunan ke 30:

Tarikh : 27 Mei 2010
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Ruangan Kantin MPOB, Kluang

Kehadiran tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday, May 11, 2010

Berita Tergempar

Ucapan takziah kepada MPOB Kluang kerana pada hari Ahad 9 May sempena Hari Ibu, MPOB Kluang telah di pecah masuk oleh "manusia-manusia yang tidak berguna".Mereka meraikan Hari Ibu dengan merompak.

Penyamun telah banyak menyamun harta benda MPOB -Fuji XLR Camera, Wang Tunai lebih kurang RM2500,External Hard Disc Driver dan sebagainya dan juga harta benda milik peribadi pekerja pekerja MPOB seperti Acer laptop,Telefon Bimbit Sony Ericson, Coins Collection dan sebagainya.

Tempat kerja yang di sifatkan selamat rupanya menjadi tempat manusia-manusia yang lahap untuk memilih jalan yang termudah untuk menjadi "kaya buat sementara".Walau bagaimana pun pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan mereka. Semuga lanun-lanun itu akan segera di berkas dan di dakwa secepat mungkin.

Jika anda pengunjung blog KSS MPOB ada maklum balas sila hubungi pihak berkuasa atau pihak pengurusan MPOB Kluang.

Semuga kejadian ini akan dapat kita pelajari dan akan lebih berhati-hati.Mari lah kita sama-sama membantu membenteras penyamun-penyamun itu.

Friday, May 7, 2010

Happy 1st Birthday KSS MPOB Kluang Blog & Selamat Hari Ibu



Sempena Hari Ibu yang jatuh pada Ahad 9 Mei 2010 , kami keluarga KSS MPOB ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada mereka yang bergelar IBU , MUMMY ,MAMA ,UMI ,EMAK atau apa saja gelaran yang di di panggil oleh anak- anak kita .

Semoga Allah SWT. menberi tempat yang layak dan terbaik di sisiNya untuk mereka yang bergelar IBU...

" Rabbighfirlli waliwaa lidayya warhamhuma kamaa rabbayaanii shagira "
Ya Allah, ampuni dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihani diriku sewaktu kecil...

Doa Khusus buat Ibu Tersayang …… SELAMAT HARI IBU ….

Semuga Jasa Mu Di Hargai dan Kasih Mu di Kenang… Amin....

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

To all Lovely Mother’s PLEASE READ THESE

It’s normal when U’re in UR 20s, U’ll will look very “MENGANCAM”
When U’RE at 30s, U begin to behave “BERMACAM-MACAM”
When U turns 40s -50s , U will feel “TERANCAM” and sadly
When U reach above 60s, orang langsung tak boleh “CAM’

Happy Mother’s Day.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Happy 1st Birthday to KSS MPOB Kluang Blog. Alhamdullilah sudah setahun usia blog ini . Semuga apa yang tertulis di blog ini dapat kita sama pelajari. Terimakasih atas teguran yang membina maupun yang “mengutuk” . Harapan kami yang baik dijadikan tauladan yang kurang di jadikan sempadan.

Terimakasih tak terhingga ingin saya ucapkan pada pengunjung blog ini kerana tanpa anda mungkin blog ini tiada maknanya.

Akhir kata semuga Allah SWT senantiasa memberkati, merahmati dan memperluaskan rezeki kita semua .. Amin ..

Wednesday, May 5, 2010

Hari Keluarga MPOB pada 1 hb May 2010



Hari Keluarga MPOB tahun ini di adakan di Bukit Merah Resort,Perak pada 1 hinggga 2 Mei 2010.

Aturacara pada jam 7.30 malam ketibaan Anggota MPOB dan keluarga mereka. Jam 8.00 malam ketibaan Yang Berbahagia Datuk Dr. Basri Wahid - Ketua Pengarah MPOB bersama -sama isteri serta tetamu terhormat yang lain . Beliau memberi ucapan sekali gus merasmikan dan melancarkan sambutan 10 Tahun MPOB.

Penyampaian hadiah juga di adakan pada hari itu. Pada malam itu persembahan dikir barat dari MPOB Ulu Paka. Sementara dari MPOB Kluang - band boys kita tidak mengecewakan. Mereka membawa lagu-lagu Gemuruh dan Teratai yang dinyanyikan oleh En. Maliki , Cari Jodoh dan Dia yang di nyanyikan oleh En. Mat Djeng sementara Nora pula menyanyikan lagu Destinasi dan Di Manakan Ku Cari Ganti. Persembahan yang cukup powerrrrrr .....



Tidak lupa juga artist jemputan kita Nabil, Sharifah Shahira dan juga Angah ..yang mengeletek hati kami semua.

Kami, Keluarga KSS MPOB Kluang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir yang KE 10 pada MPOB. Semuga bertambah Sukses dan Maju Jaya.
InsyaAllah .. Amin

Monday, April 26, 2010

Majlis Persandingan NYDP pada 24 hb April 2010



Memakai baju si merah jambu ;
Ketika di ijab hari sabtu yang lalu ;
Kini dikau sah menjadi milikku ;
Semuga berkekalan ke anak cucu ...


Alhamdullilah … syukur kehadrat Illahi .. Selesai sudah majlis pernikahan NYDP …Kami keluarga KSS MPOB ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin yang telah menjayakan majlis yang bermakna buat kedua mempelai ini .

Sungguh harum bunga rampai
Dibawa orang ke tengah balai
Sanak saudara sahabat handai
Datang meraikan dua mempelai




Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia teguh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang


Khas buat Pengantin Baru

BaarakAllahu laka wa baaraka 'alaika wa jama’a bainakuma fi khair.. "Mudah-mudahan Allah memberkati kalian berdua dan melimpahkan keberkatan kepada kamu berdua, serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.." (Hadith Shahih)

Monday, April 19, 2010

Kad Jemputan 1 Malaysia

Kami keluarga KSS MPOB ingin mengucapkan tahniah kepada NYDP En. Sulaiman A Ali Mohd serta pasangan di atas perkahwinan mereka ..." Ya Allah Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah.Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “"Amin Ya Rabbal Alamin"

NYDP,En. Sulaiman serta bakal isteri Puan Zaleha ingin menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan/Ecik/Cik /Suami/Isteri untuk merasmikan tambatan janji,ijab bersaksi,izin berwali antara dua hati bagi menyerikan majlis perkahwinan mereka.

Bertahta adat dan bersendikan Sunnah Rasul,memadukan pertemuan dua hati mendirikan istana kasih.Pada 24 Hb April 2010 bersamaan 9 J'Awal 1430H di madrasah Nurul Ulum,Renggam. Akad nikah pada jam 11.00 pagi dan atur acara dari jam 12.00 Tgh hingga 3.30 petang .

Kehadiran Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik/Suami/Isteri kami dahului dengan ucapan ribuan terimakasih.


Doa Buat pengantin : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. [ar-Rum 30:21]

Monday, April 12, 2010

Juara Dart pada 3 April 2010


Pihak Pengurusan KSSMPOB Kluang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Team Biologi yang telah berjaya menjuarai acara dart berpasukan sempena Hari Sukan Antara Bahagian MPOB 2010.

Seramai 8 orang pemain telah mewakili Pasukan Biologi dimana 2 orang daripada Kluang dan 6 orang daripada Ibu Pejabat. Acara sukan tersebut telah diadakan pada 3 dan 4 April 2010 yang lalu. Team Biologi mengalahkan Team AOTD dengan aggregate 2-0.

Pihak kelab telah mengahantar seramai 4 orang pemain

Biologi Kluang (juara)
diwakili oleh:
1) En. Bahisham Tamsil
2) En. P. Adhimulam

Pengurusan Kluang (tewas diperingkat kumpulan)
diwakili oleh:
1) En. Mazlan Abd.Aziz
2) En. P.Raman

Beita sumber dari Encik Bahisham

Wednesday, March 17, 2010

Carta Organisasi PDBK 2009 & Senarai Pasukan 2010


Ini adalah senarai Carta Organisasi PDBK 2009 dan senarai Pasukan 2010 .

PENGERUSI
EN. Faisal Wong Abdullah

UNIT PEMILIHAN
KETUA PANEL - EN. Abdul Halim Md Dom
EN. T. Rajendra
EN. G. Ramesh
EN. Abdullah Musi Jasman
EN. R. Perumal
EN. Che Zulkifli CHe Kop

UNIT LATIHAN
KETUA UNIT - TN. HJ. Kamat Mohamed (JURULATIH)
EN. Zulbahrine Talib
EN. G. Ramachandran

UNIT PEMBANGUNAN
KETUA UNIT - EN. Mohd Zam Mohd Samuri
EN. Che Zulkifli Che Kop
EN. K. Somasundram
EN. Abdullah Musi Jasman
EN. Muhd Fuzi Zainal Abidin

CARTA ORGANISASI PERSATUAN BOLASEPAK DAERAH KLUANG 2009

YANG DI PERTUA
TN. HJ. Abdul Razak Md Salleh

NAIB YANG DI PERTUA
TN. HJ. M. Ariff Kataman

TIMBALAN YANG DI PERTUA
EN. Norsyazlan A Razak

SETIAUSAHA
TN. HJ. Ali Yacob

PENOLONG SETIAUSAHA
EN. Muhammad Firdaus Ismail

BENDAHARI KEHORMAT
EN. Sulaiman Ali Mohd


PENYELARAS PENGADIL
EN. Peter Thomas

AHLIJAWATANKUASA

EN. Faisal Wong Abdullah
EN. Muhammad Firdaus Ismail
EN. T. Rajendra
EN. Abdul Majid Ali
EN. Abdul Halim Md Dom
EN. Samsul Harul Anuar

AHLIJAWATANKUASA KECIL

PERTANDINGAN
EN. S. Mohan
EN. Somasundram
EN. Adul Halim Md Dom
EN. T. Rajendran
EN. S. Vasu

TATATERTIB
TN. HJ. M. Ariff Karaman

PEMILIHAN, LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
EN. Faisal Wong Abdullah
EN. Abdul Halim Md Dom
EN. T. Rajendran
EN. Abdullah Musi Jasman
EN. R. Perumal
EN. CHe Zulkifli Che Kop
EN. Ramesh Ganggatharan

LEMBAGA PENGADIL
EN. Norhalim Md Dom

KEWANGAN
TN. HJ. Abdul Razak Md Salleh
EN. Norsyazlan A Razak
TN. HJ. Ariff Kataman
EN. Sulaiman Ali Mohd

RAYUAN
TN. HJ. ABDUL RAZAK MD. SALLEH

UNDANG-UNDANG
EN. Norsyazlan A Razak


SENARAI PASUKAN BOLASEPAK DAERAH KLUANG 2010


PASUKAN AHLI GABUNGAN PBDK
1. KBBT LIANG SENG
2. KBBT DORSET
3. KBBT KEMPAS
4. KBBT RENGGAM
5. KBBT KAHANG
6. MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
7. KLUANG INDIANS
8. BELIA MAHKOTA
9. BELIA BANDAR BERSATU
10. PERSATUAN PENGADIL KLUANG
11. HOSPITAL KLUANG
12. PERSATUAN MELAYU KLUANG
13. FEDERAL F.C
14. PERSATUAN BELIA MELAYU KLUANG
15. PERSATUAN BINA SUKAN UMNO KLUANG
16. KELAB SUKAN JKR
17. BELIA FELDA AIR HITAM
18. TNB KLUANG
19. MPOB KLUANG
20. IKEM
21. PENJARA SIMPANG RENGGAM
22. PENJARA KLUANG
23. IKWAS (INTAN)
24. PEJABAT DAERAH KLUANG
25. POLIS KLUANG
26. PSKPP
27. MARDI
28. STANLEY ROVERS
29. INSTITUT HAIWAN KLUANG
30. KRT KLUANG

Info & gambar : http://pbdkdev.blogspot.com/

Wednesday, March 10, 2010

Info - Hoki


Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakan negara di seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di negara yang mana hoki ais tidak begitu menonjol, jenis hoki yang dimain di dalam padang rumput dikenali dengan mudah sebagai "hoki", sementara di negara yang mempunyai hoki ais, sukan itu dikenali sebagai hoki padang. Adalah dipercayai nama hoki berasal daripada bahasa Perancis, iaitu "hoquet", yang kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi "hockey".

Sejarah Hoki di Malaysia
Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad lebih, barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini.
Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.

Sumber Info: Wikipedia

Tuesday, March 2, 2010

Info Sukan - Squash


Skuasy ialah satu sukan beraket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai "Squash Rackets", satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa Inggeris: squashable), digunakan dalam perlawanan skuasy.
Permainan ini dimainkan oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa empat pemain bagi beregu) dengan raket 'piawai' dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan berongga.
Sejarahwan skuasy menyatakan bahawa permainan ini berasal dari Harrow School pada kurun ke-19, hanya di luar London, England, sebagai satu penambahan raket. Pembinaan gelanggang yang pertama direkodkan seperti di Harrow dalam tahun 1860-an. Kemungkinan bahawa gelanggang skuasy awal telah dibina di Harrow oleh satu gelanggang dengan membahagikan dewan gelanggang raket, yang mana merupakan lebih tepat lagi sama seperti tiga saiz gelanggang skuasy Sepanyol (untuk membenarkan lebih banyak pemain bermain di dalam gelanggang pada masa yang sama).
Permainan umumnya kekal sebagai pertandingan peringkat sekolah-sekolah dan universiti-universiti sehinggalah awal abad ke-20, yang mana masa itu sukan ini menjadi popular dalam kelab-kelab persendirian (seperti RAC di London) dan dengan pegawai-pegawai dalam angkatan tentera British.
Gelanggang Skuasy Perseorangan Antarabangsa, seperti yang dispesifikasikan oleh Persekutuan Skuasy Sedunia .AS menjadi negara pertama untuk membentuk sebuah persatuan yang berdedikasi dan mengkodifikasikan permainannya pada tahun 1907. Pada tahun yang sama, Persatuan Tenis dan Raket (British) metubuhkan satu jawatankuasa kecil skuasy untuk mentadbir permainan, yang menjadi secara progresif dikanunkan semasa tahun 1920-an. Kemudiannya, Persatuan Raket Skuasy (British) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran permainan dalam 1928. Sukan ini sekarang ditadbir oleh WSF (Persekutuan Skuasy Dunia). Permainan profesional lelaki diuruskan oleh PSA (Persatuan Skuasy Profesional) dan wanita oleh WISPA (Persatuan Pemain Skuasy Antarabangsa Wanita).
Skuasy berterusan hampir secara eksklusif permainan bagi kelas pertengahan atas dan / atau kelas atasan sehingga sekitar tahun 1950-an, apabila pengendali-pengendali komersial mula membina gelanggang untuk orang awam. Permainan ini menjadi terkenal, dengan penyertaan memuncak sekitar awal tahun 80-an. Walaupun berlaku kemerosotan dalam bilangan pemain membilang, permainan ini popular di kebanyakan tempat, terutama Australia, barat laut Eropah, Amerika Utara dan Asia (terutamanya selatan dan tenggara).
Di tahap elit, permainan dibahagi di antara pemain-pemain amatur dan pemain profesional, yang mana jurulatih-jurulatih sering diambil bekerja oleh kelab-kelab yang eksklusif.

Info berita : wikipedia

Tuesday, February 23, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Tahun ini 12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi SAW yang jatuh pada hari Jumaat 26 February 2010. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Sumber Oleh: Wikipidea

Wednesday, February 17, 2010

Info Sukan -- Ten Pin Bowling


Bowling sepuluh pin atau ten-pin bowling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik (polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin.

Lorong boling tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 buah longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6 m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12 m) untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang seberat di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg).

Permainan ini berasal dari permainan "skittle" dan sangat popular di Eropah dan AS. Kini pemain-pemain dari Asia Tenggara telah maju dalam permainan ini dan ramai juga yang bergelar juara dunia. Di Sukan Asia tahun 2006, emas Malaysia banyak disumbangi oleh pasukan ten pin bowling.

Sumber info: Wikipedia Bahasa Melayu

Monday, February 8, 2010

Info Futsal


Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.
Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

Sumber info: Wikipedia Bahasa Melayu

Wednesday, January 27, 2010

LIGA PERDANA ENGLAND

Arsenal dan Chelsea hadapi pertarungan genting

LONDON: Pertarungan merebut kejuaraan Liga Perdana England memasuki tahap penentuan hari ini dengan Arsenal dan Chelsea turun ke padang dengan harapan menumbangkan Manchester United daripada tangga atas.

United merampas persada liga pada hujung minggu lalu dengan ketajaman Wayne Rooney yang membantunya menumpaskan Hull City 4-0.

Bagaimanapun, Arsenal akan menduduki semula puncak liga ini jika ia memungut tiga mata daripada kunjungannya ke Aston Villa - pasukan yang turut memburu kedudukan empat tangga teratas liga.

Chelsea, yang jumlah matanya sama dengan Arsenal tetapi mempunyai satu perlawanan dalam tangan, menyambut kunjungan Birmingham City, yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan rekod 15 perlawanan tanpa kalah dalam pelbagai pertandingan.

Jadual hari ini turut menyaksikan Blackburn Rovers menjadi tuan rumah kepada jirannya, Wigan Athletic, di mana kedua-duanya sedang berjuang mengelakkan diri daripada diturunkan.

Everton pula berharap dapat bangkit selepas tersingkir daripada Piala FA di tangan Birmingham apabila menentang pasukan pimpinan Steve Bruce, Sunderland.

Dengan Manchester United bertandang ke Stadium Emirates Ahad ini, Arsenal perlu bangkit di Villa Park. Selepas melayani kunjungan United, anak didik Arsene Wenger akan berdepan pula dengan dua lagi perlawanan sukar menentang Chelsea dan Liverpool.

Menyedari jadual perlawanan mendatang yang sukar ini, Wenger telah membuat sembilan pertukaran daripada pasukan yang menewaskan Bolton minggu lalu tetapi keputusan itu membawa padah apabila mereka kecundang 1-3 di Stoke City dalam perlawanan Piala FA hujung minggu lalu.

Ketiadaan pemain seperti William Gallas amat dirasakan dan menjejas kemantapan bentengnya meskipun dengan penampilan semula bekas pemain pertahanan England, Sol Campbell, yang prestasinya jauh daripada yang diharapkan.

Wenger percaya kekalahan tersebut akan menguatkan lagi semangat anak buahnya untuk kembali bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana yang kali terakhir dimenanginya pada 2004.

'Saya tidak kesal dengan pemilihan pasukan kerana saya tidak mempunyai banyak pilihan,' jelas jurulatih asal Perancis itu.

'Bacary Sagna, Thomas Vermaelen dan Gael Clichy tidak dapat bermain dan saya fikir keseluruhan permainan Sol Campbell adalah baik.'

Gallas dijangka kembali mengukuhkan benteng Arsenal dan begitu juga dengan beberapa tunggak yang lain.

Pemain pertahanan Birmingham, Roger Johnson, akan memenuhi impian hidupnya apabila bermain buat pertama kalinya menentang Chelsea.

Bekas pemain Cardiff ini dibesarkan sebagai penyokong Chelsea dan sedang beliau berusaha menjejas kempen mereka, beliau tetap menjangka pasukan pimpinan Carlo Ancelotti akan menjulang kejuaraan.

'Saya fikir mereka akan memenangi kejuaraan liga ini. Mereka lebih baik berbanding pasukan-pasukan lain musim ini. Manchester United tidak segagah musim-musim sebelumnya dan Arsenal baru mula menunjukkan kegagahannya.'

Sumber dari : Berita Harian

Friday, January 8, 2010

Futsal 4 Penjuru


Syabas dan tahniah kepada En. Thany selaku pengurus Bola Sepak KSSMPOB Kluang kerana berjaya memimpin pasukan Futsal MPOB menjadi JOHAN pada perlawanan persahabatan 4 Penjuru yang telah diadakan pada 30 Disember 2009 di Stadium Kluang bermula jam 8.15 malam.
Perlawanan ini disertai oleh Team Majlis Perbandaran Kluang A, Team Majlis Perbandaran Kluang B, Team MBSB+Public Bank dan MPOB.Nak kata terror tak la sangat tapi bayangkan baru je sepak mula tak tak sempat nak kelip mata, si Azraf dah jaringkan gol hasil hantaran cantik salah seorang pemain kita...tu kira terror ke???? Tapi Keeper MPOB si Zizie pun boleh tahan gak menjaga gawang dari dibolosi pihak lawan. Caralah.......

Kepada papa Adhi kita, cayalah....anda masih mampu memberi yang terbaik untuk pasukan MPOB. Ternyata usia bukan penghalang menabur bakti dalam arena sukan.
Tak lupa juga sekalung penghargaan kepada barisan penyokong kuat MPOB terdiri daripada Mrs Thany ( Siti Zuridah ), Abas & Mrs Abas, Lady D, Sharipah, Mrs Jamaludin ( Aspalela ), Kak Manah dan Salitah. Nampaknya kehadiran penyokong juga menguatkan lagi semangat para pemain. Mana taknya....kita bukan setakat menang bermain tetapi menang sorak sampaikan pihak lawan jadi gerun. Kalau tak menjadi johan pun kita tetap menang sorak. Tak percaya??? Tengok gambar. Walaupun dibarisi srikandi namun kehadiran kami mampu memberi impak yang besar terhadap pasukan. Lain kali kena bawa mereka semua ni kalau nak menang. Nampaknya NYDP kenalah wujudkan pasukan ‘ CheerLady ‘ khusus untuk menyokong dan menaikkan semangat para pemain.

Berikut adalah keputusan perlawanan persahabatan tersebut :-
JOHAN : MPOB
N. JOHAN : MBSB + PUBLIC BANK
KE – 3 : MPK A
KE – 4 : MPK B



Coretan Dari : Lady D

Monday, January 4, 2010

Coretan Gunung Nuang dari Diari Lady D


Alhamdulillah, setelah melalui onak dan ranjau berduri, berjaya juga kami laksanakan XPDC Gunung Nuang...bak kata AF...”Menuju Puncak”..... Tahniah kepada Koordinator XPDC kita iaitu Abg Yop....Ketua Biro Rekreasi & Pelancongan Cik Siti ....( leh la join lagi next trip.. )Abg Thany, Safi, Ipin, Kak Jijah, Lady D, Cik Sheila, Wak Zai, Kak Ita, Cik Anilah, Fadzli, Fais, Bai... Tin Tin Pon Pon, Abg Khairi dan Hafizan. Tak lupa juga kepada NYDP kita yang telah meluluskan peruntukan bagi menjayakan misi ini. Ada can pegi lain gunung pula lepas ni.

18.12.2009 ( Jumaat )
Seawal jam 6.45 pg kami sudah terpacak di depan Bangunan Gen-Bank sambil menantikan kedatangan yang lain- lain. Keadaan cuaca yang muram mendebarkan hati kami semua. Jam 8.30 pg kami mendengar taklimat dan aluan kata- kata perangsang dari NYDP dan ucapan terima kasih kepada beliau kerana memberi ‘semangat dan perangsang dari awal hingga akhir ‘.
Pukul 8.45 pg kami bergerak menuju ke destinasi yang dituju. Perut dah mula berkeroncong, kami singgah di R&R Ayer Keroh untuk makan 2 in 1 ( sarapan + makan tengahari ). Oleh kerana hari ni Jumaat, kami berhenti untuk menunaikan Solat Sunat Jumaat di Masjid Bt 11, Hulu Langat. Ye kot?

Kami tiba sekitar jam 2.30 ptg . Gunung Nuang.......here we come!!!!

Selesai urusan pendaftaran, kami bersiap- siap. Ada yang menukar baju, kemas- kemas beg dan ade plak yang nak bawa buah tembikai naik ke atas....biar betul??????hehehe
Kami memulakan langkah pertama dengan Takbir “ Allahuakbar...Allahuakbar...” ( ayat Bai ) Menyusuri jalan balak lama dan jalan tanah merah sepanjang beberapa kilometer...sesekali menempuh laluan mencanak dan sesekali menuruni bukit....boleh tahan juga trek ni tapi masih belum ade yang mintak nyawa lagik!! Ade juga kami selisih dengan pendaki- pendaki lain. Hampir sejam berjalan kaki, kami berhenti rehat di tengah jalan. La......ada yang dah kena sedut dengan si ‘pacat’ ni pa citer???

Sesampai saje di penghujung jalan tar, hujan turun dengan lebatnya. Kami menyusuri laluan palong air hingga ke rumah Empangan Loloh dan terus mendaki hingga ke ‘campsite’. Terjumpa plak dengan geng XPDC Yong Belar, borak sakan la. Terkejut bila melihat jam...ha?!!!! Dah pukul 7.30 mlm....Apa lagi...terus pacak khemah, masak dan ada plak yang terus mandi sebab tapak khemah ni berdekatan dengan Sg Loloh. Air yang mengalir jernih tak tahan bebbbbbb!!!! Sejuk....Hujan pulak tu....Selesai solat dan makan malam.....kami terus membuta sambil memikirkan trek- trek yang bakal kami redah esok..........Licin????sudah tentu.....

19.12.2009 ( Sabtu )
Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka tak mandi.........hahahah sejuk tu!!! Selesai sarapan kami mulakan pendakian ke puncak. Dari kem Loloh hingga ke Kem Pacat laluannye.... mencanak dan lebar memandangkan laluan adalah bekas laluan balak lama. Laluan bertambah licin sebab hujan malam tadi. Fuh.... pukul 12.30 tgh baru sampai kem Pacat....nama je pacat tapi sekor pacat pun tak jumpe. Kami berehat sebentar, bergambar dan yang buang hajat pun ader...

Dari kem Pacat kami teruskan ke Puncak Pengasih dan seterusnya Puncak Nuang kami tawan pada pukul 3.45 ptg dalam keadaan hujan lebat.... Dalam gembira, kepala otak mula memikirkan....laluan turun nanti, tak hujan dah licin apa lagi dah ditimpa hujan lebat ni.....habisla........Oleh kerana tak mahu lewat tiba di kem Loloh, kami tak lama di puncak. Kalau boleh sebelum gelap kami kena melepasi laluan licin yang mencanak tadi. Hasilnya....yang berseluar hitam jadi warna coklat.....habis disaluti lumpur dan selut. Tapi kami puas......penat lelah kami terbalas.........

Alhamdulillah.......pukul 10.30 mlm kami tiba di kem Loloh. Tak kira sejuknya air, burrrrrr..........kami ceburkan badan masing- masing dalam erti kata lain....mandi la......syok tu.....!!!! Lepas mandi makan ala kadar dan tidur......zzzzzzzzzzzzzz lepak habis..... Sedang lena diulit mimpi, terdengar suara aneh memecah sunyi......... “ Ala........khemah bocor...masuk air la......” Saya terus tersenyum kerana sebelum tidur tadi saya dah letak selapis plastik hitam di bumbung khemah agar tidak dimasuki air......( hasil pengalaman lalu.... )

20.12.2009 ( Ahad )

Pukul 8.00 pg kami bergerak beramai- ramai turun ke kaki Gunung Nuang. Tapi sebelum itu, kami melakukan aktiviti santai......apalagi membersih sampah sarap la! Pukul 12.00 tgh kami sampai di tempat pendaftaran. Nape turun macam sekejap ek????? Sepanjang perjalanan menuju puncak, apa yang pasti, hutan lipur ini rata- rata dilitupi oleh rumpun- rumpun buluh. Maka kesimpulannya....lain hutan lain muka buminya.... jauh perjalanan luas pemandangan.
Brother Mazlan dah siap menanti dan kami semua diundang ke rumahnya untuk minum petang.......Thanks Bro....budi dan jasamu kekal dalam ingatan.


Sumber dari Lady D

Selamat Tahun Baru 2010

Masih tidak terlambat untuk Keluarga KSS MPOB Kluang mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 semuga tahun ini akan lebih baik dari tahun lepas.

Semuga dengan tahun baru lebih banyak azam baik yang baru maupun yang lama dapat di laksanakan.....

Untuk pengetahuan semua NYDP telah pun keluar dari rumah sakit dan buat masa kini masih lagi cuti sakit.. Semuga NYDP semakin sembuh ... almaklumlah dengar-dengar khabar NYDP akan mengakhiri zaman "bujang" nya tak lama lagi...