Sunday, May 24, 2009

Acara Sukan PBBM 2009 di Langkawi pada 28 April hingga 4 May 09

Syabas! Kepada Skuad handalan dari MPOB Kluang iaitu terdiri dari En Bahisham Tamsil yang mewakili acara Dart,En. P.Adhimulan,En. Jamaludin Jalil dan En. Norly Jantan yang mewakili acara Futsal dan En Sugumaran yang mewakili acara bolasepak 9 sebelah, walaupun tidak mendapat sebarang piala,semangat kesukanan dari mereka amat dihargai dan disanjungi.

Skuad dari Kluang telah berlepas ke Kuala Lumpur pada tanggal 26hb April 2009 untuk bertemu Skuad yang lain untuk sama-sama ke Langkawi - Acara Sukan PBBM 2009.Mereka selamat tiba di Langkawi pada tanggal 28hb April jam 5pagi.

Semua atlit berkumpul di Kompleks Sukan Langkawi untuk upacara rasminya hari pembukaan PBBM 2009 . Kira-kira jam 8 malam acara pembarisan di mulakan. Kontijen MPOB masuk untuk lintas hormat pada kira-kira 9.30 malam.

Ketua Pengarah LADA dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut memberi ucapan alu-aluan.Acara kemuncak apabila obor dinyalakan menandakan kejohanan bermula.Tidak lupa bacaan doa selamat serta menaikkan bendera kejohanan diadakan. Setelah selesai upacara pembukaan tamat,para atlit pulang ke tempat penghinapan masing-masing. Esok!! Ya esok mereka akan bertungkus lumus dan penuh semangat untuk memulakan pertandingan.

Acara Dart - Pasukan MPOB hanya berjaya untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Walau pun mereka telah mencuba yang terbaik,namun kejayaan tidak berpihak kepada mereka.

Acara Bolasepak 9 sebelah - Pasukan MPOB tewas dan tidak berjaya untuk kepusingan seterusnya.

Acara Futsal (Veteran) - Pasukan MPOB bertemu pasukan UUM keputusan 1-1, untuk melayakkan diri keperingkat seterusnya mereka terpaksa mengakhiri dengan sepakkan penalti . Dengan semangat perjuangan yang tinggi, Alhamdullilah mereka berjaya dengan mata 3-1. Ini membuatkan pasukan MPOB berjaya melayakkan diri ke suku akhir. Satu kejayaan yang memberangsangkan . Pasukkan MPOB bertemu pasukan UNIMAP untuk suku akhir. Diakhir pertandingan pasukan MPOB tewas dengan mata 2-4. Walaupun tewas,kami amat berbangga dengan kejayaan mereka.Syabas buat mereka!!

Sila lihat gambar-gambar lain di tautan berikut. Gambar-gambar dari lensa En Bahisham Tamsil

http://s604.photobucket.com/albums/tt124/kssmpob_2009/?albumview=slideshow&newest=1

Setelah penat lelah didalam pertandingan ,kalah menang adat bertanding,para ahli kontijen pulang setelah semua acara selesai. Keadaan cuaca mendung dan laut yang sedikit gelora membuat ahli kontijen merasa gerun dan berdebar. Namun akhirnya,feri yang membawa mereka selamat sampai di Kuala Lipis. Alhamdullilah. Kesemua ahli selamat sampai ke Bangi ,MPOB HQ pada jam 5 pagi.

No comments: