Tuesday, December 22, 2009

Pengumuman

Dukacita dimaklumkan bahawasanya NYDP KSS MPOB Kluang En Sulaiman sedang di rawat di Hospital Pakar Utama Kluang.

Kami keluarga KSS MPOB Kluang mendoakan agar NYDP cepat sembuh dan dapat menjalankan tugasnya seperti biasa.

Thursday, December 17, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431


Kami Sekeluarga KSS MPOB Kluang ingin mengucapkan Salam Ma'al Hijrah 1431.

Semuga Iman diperkuatkan, Amalan ditambah,Rezki di perluaskan, Perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan.

Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini.InsyaAllah....

1 Muharram 1431 bukan sekadar hari cuti. Ia adalah permulaan ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW.

Pertandingan Bowling Tertutup KSS MPOB Kluang 2009


Pertandingan bermula tepat jam 9.oo pagi dengan 44 pemain-pemain. Suasana tadi yang riuh rendah bertukar dengan dentuman balingan bola dan jatuhan pin. Mana-mana peserta yang ‘strike’ sorakan dan tepukan bergema di satu sudut. Disinilah dapat kita lihat bertapa kuatnya silaturahim diantara mereka. Terdapat juga muka-muka baru yang mencuba-cuba nasib dan baru hendak mengenali bola bowling, yang gelihatinya ada yang sampai terlentang di papan lane dek kuatnya mementum balingan, apa lagi riuh satu aras dengan sorakan teman-teman. Beliau tersipu-sipu malu macam si dara bertemu teruna. Pelbagai ragam mencuit hati spontan memeriahkan suasana. Ada yang berlagak seperti Saiful Apek dengan chipanzinya, ada yang berkokok dan macam-macam lagi. Sudah tentu ‘turkey’ tu.

Kesemua 14 lane dipenuhi oleh para peserta, setiap peserta perlu menghabiskan 3 frame untuk kiraan mata. En. Mohd Fadhil pada frame pertama mencatat 184 jatuhan pin, boleh tahan juga mamat ni, namun gagal mengekalkan prestasi pada frame-frame seterusnya dek kehilangan fokus.

NYDP dengan buah hatinya (sewaktui berita ini ditulis mereka sudahpun mengikat pertunangan dan diucapkan tahniah) sudi meluangkan masa menyampaikan hadiah kepada pemenang. Semoga kita berjumpa lagi di lain pertandingan ...InsyaAllah.

Keputusan Perlawanan Bowling Tertutup KSS MPOB Kluang 2009

PEMENANG LELAKI
Johan: En. Mohd Ariff bin Mohd Yassin (469 jatuhan pin)
Naib Johan: En. Bahisham bin Tamsil (447 jatuhan pin)
Naib Johan Kedua: En. Azman bin Mahmood (407 jatuhan pin)
Keempat: En Salamat bin Ahmad (405 jatuhan pin)



PEMENANG WANITA
Johan: Cik Rosilah bt wagiman (349 jatuhan pin)
Naib Johan: Pn. Salitah bt Mahmod (259 jatuhan pin)
Naib Johan Kedua: Cik Nordiyana bt Ishak (249 jatuhan pin)
Keempat: Pn. Saripah bt Abd. Rahman (240 jatuhan pin)



JATUHAN PIN TERBANYAK DALAM SATU FRAME

Pemenangnya ialah En. Mohd Fadhil bin Adnan (184 jatuhan pin)

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh NYDP

Admin : Tahniah buat semua pemenang .. pada yang kalah duduk one corner dan nangis( pinjam kata-kata NYDP)

Majlis Perpisahan Untuk Encik Mohd Azlan


Pihak Breeding & Genetic MPOB Kluang akan kehilangan seorang lagi Pegawai Penyelidik yang berdedikasi En. Mohammad Azlan Abdul Majid, beliau melanjutkan pelajaran selama 2 tahun ke peringkat ‘Master’ di Universiti Putra Malaysia seliaan Professor Dr. Raffi Yusof. Prof pernah menjadi Ketua Stesen MPOB Kluang sehingga Januari 2003.

En. Azlan akan belajar sepenuh masa di dalam jurusan Plant Breeding and Genetic bermula Januari 2010. En. Marhalil Marjuni juga mengikuti jejak langkah beliau mengambil jurusan yang sama namun sebagai mahasiswa separuh masa yakni belajar sambil bekerja. Pihak kakitangan mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang mereka berdua ceburi.

Tidak lupa juga pihak kami mengucapkan selamat kembali dan selamat bertugas kepada Hajah Napsiah Omar yang baru sahaja pulang daripada mengerjakan haji bersama suami dan anak. Semuga beliau dan keluarga mendapat haji yang mabrur…aminn.

NYDP sempat menghulurkan cenderahati yang disampaikan oleh En. Marhalil kepada En. Azlan. Pihak kami mengucapkan selamat kembali berkhidmat di MPOB kepada beliau sekiranya telah tamat kuliah.




Admin : Kepingin jugak nak ambil Master

Thursday, December 10, 2009

Persediaan Menakluki Gunung Nuang



Gunung Nuang berada di Malaysia dengan ketinggian 1,493m (4898 ft). Tanda puncak Gunung Nuang ini berada diantara tiga bahagian Negeri Malaysia; Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor. Gunung Nuang ini adalah yang tertinggi di Selangor dan sebahagian lagi dari Gunung Titiwangsa.

Laluan ke puncak melalui Negeri Selangor;satu di Kuala Pangsoon di Hulu Langat dan satu lagi di Kampong Kemensah di Gombak. Satu lagi laluan adalah di Bukit Tinggi di Bentong,Pahang. Ketika berada di Puncak kita dapat melihat Genting Highlands akan dapat di lihat jika cuaca mengizinkan.

KSS MPOB Kluang akan mengadakan satu lagi expedisi ke Gunung Nuang, bagaimana pun sebelum mereka menakluki Gunung Nuang, KSS MPOB Kluang akan mengadakan latihan lasak di Gunung Lambak pada hari Sabtu 12 Disember 2009 jam 7.00 pagi.

Disenaraikan nama para Pendekar dan Srikandi KSS MPOB Kluang yang tidak gentar menyahut cabaran dan tahniah diucapkan:

Yusree Mohamed (Ketua), Mohd. Thany Abd. Samad, Muhammad Saifullah Mohd. Jamal, Faiz Buang, Azizah Harun, Nordiyana Ishak, Rosilah Wagiman, Sharipah A.Rahman, Salitah Mahmod, Zainul Arifin Suib, Ahmad Baihaki Husain, Mohd Firdaus Razali, Mohd Fadzli Adnan, Noor Anilah Bakar, Siti Zuraidah Baranon dan Mohd Hafizan Nashruan Adil.

Semuga latihan ini akan menjadikan Pendekar dan Srikandi kita tabah dan sabar. untruk menghadapi cabaran dan segala rintangan kelak ketika berada di sana dan yang pasti dan penting mereka dapat menawan dan menakluki Gunung Nuang....InsyaAllah ...

Tuesday, December 1, 2009

Road Relay 25 Nov 2009


Alhamdulillah.......penat lelah selama lebih sebulan kini membuahkan hasil. Mulanya agak berdebar- debar dan risau kerana hujan turun di tengahari. Bimbang aktiviti yang dirancang tidak berjalan seperti yang diharapkan. Namun, berkat doa dan harapan, cuaca kembali baik sekitar jam 3 petang maka dapatlah kami jalankan acara ini. Syukur kepada yang Maha Esa kerana dengan berkat-Nya menganugerahkan cuaca yang redup sepanjang aktiviti berlangsung.

Sukar untuk digambarkan betapa meriahnya acara tersebut. Gelak tawa dan usik mengusik yang silih berganti berganti menghilangkan kepenatan para peserta. Pendek kata.......best...sangat!! Ada pula yang mahu laluan wanita dipanjangkan sama macam laluan lelaki. Boleh nak buat laluan macam lelaki tapi rasanya kena panggil JPA dan BOMBA le jawabnya...
Berikut adalah barisan peserta yang menyertai acara ini :-
Seramai 24 orang peserta lelaki yang terbahagi kepada 6 kumpulan iaitu :-

Team A
1. Azuan Muhammad
2. Zainul Ariffin Suib
3. Mohd Shakirin Sahak
4. P. Adhimulum
Team B
1. Mohd Ali Sulaiman
2. A. Sugumaran
3. Mohd Ashahrudin Mohd Azmi
4. Fais Buang
Team C
1. Aqashah Jumri
2. Mohd Thany Abd Samad
3. Norapendi Mohamad
4. Mohd Amin Abdullah
Team D
1. Amir Dzulfadli Samad
2. Sulaiman Suratin
3. Syaiful Shahrizan Samsudin
4. Mohamad Safiullah Mohd Jamal
Team E
1. Mohd Arif
2. Khairulnizam Che Shohaimi
3. Norazri Matar
4. Bachesham Bachok
Team F
1. Muhamad Azraf Johan
2. Mohd Firdaus Md. Razali
3. Che Azizi Che Razali
4. Mohd Khairi Paiman

Keputusan :-
Johan - Team A ( 21.07 minit )
Naib Johan - Team B ( 21.45 minit )
Ketiga - Team E ( 22.34 minit )
Keempat - Team C ( 23.10 minit )
Kelima - Team D ( 23.40 minit )
Keenam - Team F ( 25.48 minit )

Seramai 8 orang peserta wanita yang terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu :-
Team A
1. Sharipah A. Rahman
2. Sarala a/p M. Rajah
3. Nurul Ain Yahya
4. Farahdiana
Team B
1. Azizah Harun
2. Bushra Bee Bee
3. Fuaddah
4. Salitah Mahmod
Keputusan :-
Johan - Team B = 10.17s
Naib Johan - Team A = 11.15s

Tahniah kepada yang berjaya. Lain kali boleh terus mencuba. Harap-harap tahun depan dapat peruntukan yang lebih besar manalah tau.... tahun depan lebih lagi ramai yang menyertai....rasa-rasanya NYDP boleh bagi tak????