Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Tak terasa waktu begitu cepat berlalu, tak terasa kita akan segera memasuki bulan Ramadhan. Ada yang menyambutnya dengan gembira kerana merasa ini adalah momentum terbaik bagi gugurnya dosa, meningkatnya harga pahala dan tersambungnya kembali jalinan silaturahim. Bulan penuh barakah, bulan penuh rahmat, bulan kembali kepada alquran dan ibadah. Seandainya setiap bulan adalah Ramadhan.

Di sisi lain ada juga sebahagian dari kita yang biasa-biasa saja menyambut Ramadhan, tidak ada yang istimewa. Padahal Rasulullah SAW, mengajarkan kita untuk berdoa agar bisa disampaikannya pada bulan Ramadhan. Ya Allah berkatilah kami di bulan Rajab, berkatilah kami di bulan Sya'ban dan izinkanlah kami untuk bertemu dengan bulan Ramadhan. Subhanallah, itulah keistimewaan Ramadhan sampai Rasulullah SAW meminta seperti itu. Kerana kita tidak tahu, apakah masih ada umur kita sampai ke bulan penuh berkah itu?

Dipenghujung Syabaan ini,kami pohon agar dimaafkan segala kesalahan agar kita bersama-sama dapat menikmati ibadah puasa kita dengan tenang.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..

Salam Ukhuwah Dari,
Keluarga KSS MPOB Kluang.

Sunday, August 2, 2009

Lawatan Ke Pulau Pangkor


Biro Rekreasi dan Pelancongan Kelab Sukan Dan Sosial MPOB Kluang telah mengadakan lawatan ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam, iaitu 17 hb hingga 19 Julai 2009.

Perjalanan telah dimulakan dengan menaiki bas MPOB daripada Stesen MPOB Kluang pada pukul 9.00 pagi pada 17 Julai 2009. Seramai 35 orang ahli KSS MPOB Kluang telah menyertai lawatan ini dan menginap di Teluk Dalam Resort Pulau Pangkor yang mengambil masa 20 minit perjalanan dengan menaiki feri dari jeti Lumut.

Pada 18 Julai, kami menghabiskan masa dengan melawat sekitar Pulai Pangkor dengan menaiki van yang disewa dengan kadar RM120.00 untuk selama 3 jam. Tempat yang kami lawati adalah kilang memprosess ikan dengan pelbagai produk makanan kering yang diperolehi daripada hasil tangkapan nelayan.

Selain itu kami dibawa menyusuri tembok China buatan dan melihat bangunan lama Kota Belanda. Selepas penat berjalan akhirnya kami mengambil kesempatan menjamu selera dan membeli-belah sebagai kenangan untuk dibawa pulang.


Pada 19hb kami pulang ke Stesen MPOB Kluang, yang mengambil masa selama 9 jam. Kami semua gembira dengan percutian ini kerana ia dapat menenangkan fikiran dan mendapat sedikit pengetahuan tentang Pulau Pangkor.